YTL, Gamuda lancar projek £5.2 bilion di UK semasa lawatan PM Anwar | DagangNews Skip to main content

YTL, Gamuda lancar projek £5.2 bilion di UK semasa lawatan PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menandatangani plak untuk memperingati pelancaran Bandar Baru Brabazon YTL UK di Bristol sambil disaksikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul, Setiausaha Negara UK bagi Perniagaan dan Perdagangan Jonathan Reynolds, Pengerusi Eksekutif Kumpulan YTL Tan Sri Francis Yeoh, dan Pengarah Urusan YTL Power International Datuk Yeoh Seok Hong. - Gambar/FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 16 Jan - Konglomerat Malaysia YTL Corp Bhd dan Gamuda Bhd mengumumkan projek hartanah bernilai  £5.2 bilion di United Kingdom (UK) ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan lawatan ke negara itu. 

 

YTL akan melabur £2 bilion dalam perniagaan di UK dalam tempoh lima tahun akan datang dan £2 bilion lagi untuk membina rumah dan sekolah di Bristol, menurut kerajaan UK, semalam. 

 

Kumpulan pembinaan dan utiliti itu mengendalikan Wessex Water di UK.

 

Sementara itu, syarikat hartanah dan infrastruktur Gamuda memulakan projek pembangunan semula bernilai £1.2 bilion di London pada hari Rabu, menurut laporan The Edge.

 

Firma itu memiliki 75% daripada usaha niaga yang akan menyiapkan 14 tingkat 75 London Wall.

 

Anwar sedang dalam lawatan kerja ke UK hingga 19 Januari 2025. Beliau bertemu dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer pada hari Rabu.- DagangNews.com