Sektor pembuatan menurun pada Januari 2022 akibat masalah bekalan, peningkatan kos | DagangNews Skip to main content

Sektor pembuatan menurun pada Januari 2022 akibat masalah bekalan, peningkatan kos

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Feb -  Sektor pembuatan menurun pada Januari 2022 akibat kekurangan aktiviti pembuatan di kilang akibat masalah bekalan yang berlarutan yang membuatkan kos penghasilan meningkat.

 

MIDF Reseach berkata, Indeks Pengurusan Pembelian Pembuatan (PMI) yang dikeluarkan IHS Markit menunjukkan penurunan kepada 50.5 pada Januari 2022 berbanding 52.8 pada Disember 2021 dan ia merupakan bacaan terendah sejak Oktober 2021. 

 

Katanya, hasil pembuatan dan permintaan baharu menurun bulan lalu namun berlaku peningkatan dari segi eksport.

 

"Pada masa sama, jumlah pengambilan pekerja baharu meningkat dengan kilang-kilang mula mengambil pekerja dalam usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

 

"Bagaimanapun, inflasi terhadap input akan terus meningkat selaras dengan kekurangan bahan mentah di pasaran dan kesan kenaikan harga akan dirasai setiap pengguna," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, meskipun berlaku kebimbangan terhadap varian Omicron, perniagaan kekal optimis dan ia kurang memberi impak berbanding permulaan pandemik COVID-19 sebelum ini.

 

buat

 

Katanya, mereka juga mengharapkan permintaan akan terus meningkat seperti sebelum pandemik dalam tempoh 12 bulan ini.

 

"Kami menjangkakan aktiviti perbelanjaan domestik akan kembali pulih dalam masa selain peningkatan permintaan dari luar akan membantu menyuburkan sektor pembuatan di Malaysia pada bulan-bulan akan datang.

 

"Kami berpendapat, kos pembuatan juga akan kembali stabil pada masa akang datang akibat penambah baikan dari segi rantaian bekalan seperti yang disasarkan Baltic Dry Indeks dan Global Supply Chain Pressure Index (GSCPI)," katanya. - DagangNews.com