SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-63 MALAYSIA daripada warga kerja DagangNews.com | DagangNews Skip to main content

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-63 MALAYSIA daripada warga kerja DagangNews.com

Bersempena sambutan ulang tahun ke-63 Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2020, warga kerja DagangNews.com mengajak semua rakyat Malaysia supaya membulatkan tekad dan komitmen untuk bekerja bersama-sama dengan tekun dan gigih bagi memulihkan ekonomi negara yang masih di dalam belenggu pandemik COVID-19.

Di pihak warga kerja DagangNews.com, kami berazam untuk memainkan peranan kami dengan melaporkan berita-berita perniagaan merangkumi hal korporat, PKS dan terutamanya peluang-peluang perniagaan agar boleh menjadi panduan serta bimbingan kepada semua lapisan rakyat untuk menceburi bidang perniagaan.

Kami juga mempersiapkan bahan khusus mengenengahkan syarikat baru bermula atau Start-Up Companies, selain bidang-bidang keusahawanan lain seperti agroprenuership dan sebagainya yang berguna untuk panduan pembaca sekalian.

Insyallah, dengan kecekalan dan kesungguhan, kita akan dapat sama-sama membantu memulihkan ekonomi negara. Jika bukan kita, siapa lagi?

Johardy Ibrahim
Pengarang Urusan
DagangNews.com