KUALA LUMPUR 5 Sept - Setel memperkenalkan fungsi baharu ‘One-Tap Fuelling’ menerusi aplikasinya bagi membolehkan pengguna mengaktifkan pam petrol dengan satu sentuhan di stesen Petronas di seluruh negara.
Penyelesaian pertama seumpamanya disediakan kepada 1,000 pengguna Setel pertama yang berdaftar di seluruh negara dan ia akan diperluaskan secara berperingkat sepanjang dua bulan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab. Manan berkata, pihaknya ginat membangunkan pelbagai inovasi baharu bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah terutama selepas memasuki fasa endemik.
Katanya, sejak empat tahun lalu, pengguna setia kami telah menikmati pengalaman mengisi petrol yang lebih muda di semua stesen Petronas.
"Pengguna biasanya akan melakukan beberapa sentuhan sebelum boleh mengisi petrol dan kini ia boleh diselesaikan dengan hanya satu sentuhan menerusi aplikasi Setel," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pengguna Setel yang berminat juga boleh mendapatkan akses awal dengan memuat “Dah Setel So Far” dalam bentuk Instagram Story atau Tweet dengan kapsyen: “I want One-Tap Fuelling now” dengan menyertakan @setel dan sertakan tanda pagar #SetelOneTapFuelling bermula hari ini hingga 4 Oktober 2022.
Pengguna Setel juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad apabila mereka memuat naik video mereka yang paling kreatif di Instagram atau Twitter yang menunjukkan pengalaman mereka menggunakan fungsi ‘One-Tap Fuelling’, berserta @setel dan #SetelOneTapFuelling.
Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Untuk maklumat lanjut mengenai Setel, sila layari https://www.setel.com/. - DagangNews.com