Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 7 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar) dengan pengautomasian penuh dengan beberapa fungsi baharu penuh bermula 1 Januari 2022.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru boleh menggunakan aplikasi tersebut bermula pada hari yang sama.
"Susulan perubahan kepada aplikasi tersebut, KPM telah menerima pelbagai pandangan dan maklum balas daripada guru yang membuat permohonan melalui e-GTukar.
"KPM sedang meneliti pandangan yang diberikan dan komited untuk mengoptimumkan lagi aplikasi baharu ini.
"Terima kasih guru-guru atas pandangan anda semua mengenai sistem baharu yang dilancarkan ini," katanya.
Sistem eGtukar yang diperkenalkan KPM adalah aplikasi dalam talian yang diwujudkan untuk menyediakan sistem kepada para guru-guru yang ini mebuat pertukaran tempat mengajar. - DagangNews.com