TA Research mulakan liputan terhadap Apex Equity dengan saranan 'jual', FV 96 sen | DagangNews Skip to main content

TA Research mulakan liputan terhadap Apex Equity dengan saranan 'jual', FV 96 sen

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Nov - TA Research memulakan liputan terhadap Apex Equity Holdings Berhad dengan saranan 'jual' pada harga wajar (FV) 96 sen sesaham.

 

Firma menjangkakan prospek pendapatan kumpulan lebih lemah kesan daripada jumlah dagangan yang terhad persaingan sengit daripada pencabar serta proses pendigitalan.

 

Firma itu menjangkakan pendapatan kumpulan untuk FY22 lebih lemah kesan daripada transaksi dagangan yang rendah disokong oleh urus niaga sekuriti yang lebih rendah.

 

"Kami juga mengunjurkan bahawa dagangan dalam pasaran akan kembali normal.

 

"Oleh itu, kami mengandaikan dagangan kembali pulih sebanyak 32%/ 30%/ 30% untuk FY22/ FY23/ FY24.

 

"Kumpulan itu dijangka merekodkan untung bersih sebanyak RM7.1juta /RM8.1 juta /RM9.0 juta untuk FY22/FY23/FY24," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga akan berdepan pelbagai risiko dalam perniagaan mereka termasuk kekurangan aktiviti dagangan selain penyusutan nilai margin keuntungan serta jumlah yang rendah.

 

Katanya, mereka juga akan berdepan cabaran sengit daripada broker saham digital dengan lebih 30 organisasi berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti menjalankan dagangan di Bursa Malaysia.

 

"Kumpulan itu juga berdepan risiko keselamatan siber yang berkemungkinan menyebabkan kecurian data yang akan mengganggu operasi mereka.

 

"Perniagaan mereka juga terdedah kepada risiko tuntutan mahkamah daripada pelanggan, vendor serta pihak lain dan tindakan ini boleh membahayakan keadaan kewangan kumpulan, dengan itu menjejaskan prestasi kewangan atau kecekapan operasi," katanya. - DagangNews.com