Talaan IMPUL pelengkap pakej Nissan X-Trail | DagangNews Skip to main content

Talaan IMPUL pelengkap pakej Nissan X-Trail

nissan

KUALA LUMPUR 3 Julai - Kehadiran Talaan IMPUL baharu dalam pakej Nissan X-Trail menjadi pelengkap sekali gus menyerlahkan lagi penampilan dan pemanduan penuh prestasi kenderaan tersebut.

Pakej baharu yang diperkenalkan Syarikat Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) itu hadir bersama Aerokit IMPUL lengkap dengan spoiler bampar Aero hadapan dan belakang dua tona, Gril V-Motion hitam berkilat, skirting sisi berserta spoiler belakang dengan penambilan yang lebih agresif.

Nissan dalam satu kenyataan hari ini berkata, rim 18” Impul Aura SX-50 turut dilengkapi dengan tayar Continental ContiMax Contact MC6 yang pasti memberikan kualiti cengkaman luar biasa dan mantap.

“Sport Spring IMPUL pula diletakkan bagi tujuan pemanduan yang lebih cekap, stabil dan selamat disamping menyerlahkan aura perlumbaan sukan bermotor IMPUL.

“Ruang kabin Nissan X-Trail Talaan IMPUL juga dipertingkatkan menerusi penggunaan kemasan kulit Nappa berwarna Maroon pada tempat duduk, papan pemuka, perlindungan lutut dan perehat tangan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Pakej terbaharu ini ditawarkan pada harga RM11,000 yang boleh didapati dalam empat varian 2.0L Hibrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID; 2.0L 2WD dan akan membuat penampilan di beberapa buah bilik pameran Nissan terpilih bermula 18 Julai 2020. 

Senarai harga adalah seperti berikut;

harga


Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu dipasang di kilang dan hadir bersama jaminan standard selama lima tahun tanpa had perbatuan. 

Sementara jaminan untuk aksesori pula adalah selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. - DagangNews.com