Taylor’s University perkenalkan Paplite Pro, inovasi saringan serviks bakal tingkatkan ketepatan persampelan sel | DagangNews Skip to main content

Taylor’s University perkenalkan Paplite Pro, inovasi saringan serviks bakal tingkatkan ketepatan persampelan sel

Jururawat Profesional Penjagaan Kesihatan, Thulasini Balachandran; Penyelaras Penyelidikan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr Kavinash Loganathan; Pengarah Makmal Kesan Kemajuan Kesihatan Digital dan Perubatan & Profesor Sekolah Biosains di Fakulti Sains Kesihatan & Perubatan, Universiti Taylor, Profesor Dr Chong Pei Pei; Penasihat Kesedaran Human Papillomavirus (HPV), Maggy Wang
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Taylor’s University mengenalkan inovasi perintis PapLite Pro melalui Digital Health and Medical Advancement Impact Lab (Makmal Impak Kesihatan Digital dan Kemajuan Perubatan) yang mencatatkan perkembangan penting dalam penyelidikan melawan kanser serviks.

 

Inovasi melalui itu bertujuan meningkatkan saringan serviks dengan menjadikannya kurang invasif dan lebih berkesan. 

 

Menurut Taylors university, ia menangani halangan seperti kebimbangan terhadap ketidakselesaan dan meningkatkan pengamatan ke atas endoserviks, yang seterusnya meningkatkan ketepatan bagi persampelan sel serta memudahkan golongan wanita dan pengamal perubatan.

 

Semasa majlis pelancarannya, panel pakar terkemuka berkongsi pandangan tentang landskap semasa bagi saringan kanser serviks serta menekankan tentang peranan penting pengesanan awal dalam menambahbaik hasil rawatan dan meningkatkan kualiti hidup. 

 

Selain itu, majlis itu turut menerangkan impak kemajuan teknologi seperti PapLite Pro dan menonjolkan kepentingan kerjasama strategik yang melibatkan kerajaan, sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan dalam memajukan hasil rawatan kesihatan.

 

Pengarah Makmal Impak Kesihatan Digital dan Kemajuan Perubatan dan Profesor di Pusat Pengajian Biosains, Fakulti Sains Kesihatan & Perubatan di Taylor’s University, Profesor Dr Chong Pei Pei berkata, inovasi pap smear semua dalam satu itu akan memberikan pengamatan serviks yang lebih baik.

 

“Ia juga direka bagi memudahkan cara pengumpulan sel serviks yang mencukupi, menghasilkan keputusan ujian diagnostik yang tepat berbanding peralatan Pap smear konvensional,” ujar beliau.


 
Majlis itu juga menunjukkan perbezaan antara ujian Pap konvensional dan PapLite Pro, dengan menonjolkan ciri-ciri inovatif dan manfaatnya semasa simulasi ujian Pap di Taylor’s Virtual Online Future Technology & Extended Reality (VORTEX XR) Lab. 

 

Kordinator Penyelidikan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Kavinash Loganathan berkata, kanser serviks adalah kanser kedua paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia antara 15 ke 44 tahun di Malaysia.

 

“Pada tahun 2020 sahaja, terdapat 1,740 kes baru dilaporkan, dengan kadar kematian 57%.

 

“Bilangan yang membimbangkan ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh cabaran seperti stigma budaya, teknik saringan invasif, pilihan pesakit, dan kekurangngan kesedaran tentang kanser serviks dalam kalangan wanita.

 

“PapLite Pro berpotensi untuk mengubah saringan serviks bagi ahli penjagaan kesihatan profesional, menawarkan versi yang berteknologi maju untuk visualisasi yang dipertingkatkan dan ketepatan pensampelan sel,”ujar beliau. 

 

Pelancaran PapLite Pro membawakan rakan industri, ahli profesional perubatan, penyelidik, dan para pendukung untuk memajukan kesihatan wanita melalui teknologi inovatif.


Dalam ucapan aluannya, Naib Cancelor Pembelajaran & Pengajaran di Taylor’s University , Dr Thian Lok Boon berkata,  pelaksanaan pembelajaran yang diterajui matlamat di seluruh pusat pengajian Taylor’s University menyaksikan pengenalan 11 Makmal Impak. 

 

“Setiap Makmal Impak terdiri daripada pasukan transdisipliner yang fokus pada penyelesaian, terdiri daripada akademik, industri, dan pelajar, yang bekerjasama untuk merealisasikan idea-idea bermakna,” ulas beliau. - DagangNews.com