Alpha IVF bekerjasama dengan hospital wanita China tawar pilihan rawatan kesuburan | DagangNews Skip to main content

Alpha IVF bekerjasama dengan hospital wanita China tawar pilihan rawatan kesuburan

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Sept - Alpha IVF Group Bhd  melalui anak syarikat milik penuhnya, Alpha International Women’s Specialists Sdn Bhd menandatangani memorandum kerjasama (MOM) dengan sebuah hospital wanita di Shanghai. 

 

Alpha IVF berkata, perkongsian itu menyasar untuk meningkatkan kesedaran dan menawar pilihan penjagaan kesihatan dan kesuburan wanita di rantau itu.

 

"Kerjasama itu akan memanfaatkan kepakaran khusus Alpha International Women’s Specialists dalam penjagaan kesuburan dan hospital wanita di Shanghai itu dalam penjagaan bersalin.

 

Majlis menandatangani perjanjian itu dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Alpha IVF Group, Dato’ Dr. Colin Lee serta wakil dari hospital wanita di Shanghai itu.

 

Alpha IVF berkata, hospital wanita di Shanghai itu ialah penyedia penjagaan kesihatan yang mempunyai rangkaian hospital yang luas di China, memberikan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan komprehensif.

 

Portfolionya termasuk hospital bersalin terkemuka di Shanghai, yang mencatat rekod prestasi dengan kemasukan lebih sejuta pesakit.

 

Lee berkata perkongsian itu berdasarkan visi bersama dalam memperkasakan wanita melalui pilihan penjagaan kesihatan yang berkualiti, dengan memberi tumpuan kepada kecemerlangan dalam penjagaan pesakit. 

 

“Kerjasama ini juga akan menawarkan perkhidmatan yang pada setiap peringkat kehamilan.

 

“Selain itu, kami juga berhasrat untuk meluaskan jangkauan kami dan memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kesuburan wanita di China. 

 

“Di samping memanfaatkan perkongsian pakar, kerjasama itu dijangkameningkatkan bilangan pesakit China yang mendapatkan rawatan Alpha International Women’s Specialists di Malaysia, sambil meningkatkan profilnya di China,” ujar beliau.- DagangNews.com