Binastra lepasi sasaran kontrak RM3 bilion selepas raih projek RM327.7 juta daripada Exsim Bukit Jalil City | DagangNews Skip to main content

Binastra lepasi sasaran kontrak RM3 bilion selepas raih projek RM327.7 juta daripada Exsim Bukit Jalil City

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Dis - Binastra Corporation Berhad melepasi sasaran kontrak RM3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 (FY25) selepas berajaya meraih projek bernilai RM327.7 juta daripada Exsim Bukit Jalil City Sdn Bhd bagi membina dua blok apartmen servis 58 tingkat untuk projek The Vividz @ Bukit Jalil.

 

Kumpulan itu berkata, menerusi kontrak terbaharu itu, mereka memiliki kontrak keseluruhan bernilai RM3.1 bilion.

 

Katanya, kontrak itu telah diberikan oleh Exsim Bukit Jalil City Sdn Bhd kepada anak syarikat milik penuh Binastra Binastra Builders Sdn Bhd.

 

"Kontrak itu akan bermula pada 9 Disember 2024, dan kerja-kerja pembinaan akan disiapkan dalam tempoh 42 bulan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengarah Urusan Binastra, Datuk Jackson Tan Kak Seng, sejak pasukan pengurusan baharu menerajui pada awal 2023, visi kumpulan adalah jelas, iaitu untuk meningkatkan jenama Binastra selaras dengan slogan “Bina dengan Kebanggaan”.

 

Beliau berkata, asas kukuh kumpulan dalam industri pembinaan selama lebih 40 tahun, bersama-sama dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pelanggan yang menjadi penting dalam mencapai kejayaan ini.

 

"Memandang ke hadapan, kami menjangka 2025 menjadi tahun yang kukuh kerana kami giat mengejar peluang di Johor Bahru, di mana kami melihat aktiviti pembinaan yang berkembang pesat, sambil meneroka lebih banyak projek EPCC," katanya. - DagangNews.com