KUALA LUMPUR 26 Dis - Classita Holdings Bhd mencadangkan kepelbagaian perniagaannya dengan memasukkan pelaburan hartanah dan perdagangan sebagai langkah meningkatkan prestasi kewangannya dalam jangka panjang.
Syarikat pembuat pakaian dalam itu berkata cadangan kepelbagaian itu akan menyediakan kumpulan pendapatan tambahan dan dijangka memberi petanda baik dalam struktur keseluruhannya pada masa hadapan.
Kepelbagaian itu melibatkan pembelian 18 unit runcit di Kajang dengan harga RM17 juta, yang dijangka menghasilkan pulangan sewa tahunan 4% hingga 6%, kata syarikat itu yang dulu dikenali sebagai Caely Holdings Bhd dalam makluman di Bursa Malaysia.
Unit ini adalah sebahagian daripada "Louvre", sebuah projek komersial premium yang dijadualkan siap pada suku pertama 2025.
Pengarah Eksekutif Classita Datuk Kuan Poh Huat dikatakan menerajui operasi perniagaan hartanah kumpulan itu. - DagangNews.com