DELUX rasmikan kedai terunggul dan ruang pameran pintu pagar aluminium tanpa trek, pintu keselamatan terbesar di Malaysia | DagangNews Skip to main content

DELUX rasmikan kedai terunggul dan ruang pameran pintu pagar aluminium tanpa trek, pintu keselamatan terbesar di Malaysia

Kedai terunggul (flagship) DELUX di Puchong, Selangor.
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 20 Sept - DELUX melancarkan kedai terunggul (flagship) terbaharu di Puchong, Selangor bersempena sambutan ulang tahun ke-20 syarikat.

 

Dengan keluasan binaan 19,788 kaki persegi, DELUX Flagship Store juga merupakan Ruang Pameran Pintu Pagar Aluminium Tanpa Trek dan Pintu Keselamatan terbesar di Malaysia, yang mendapat pengiktirafan daripada `Malaysia Book of Records.'

 

Pengiktiran itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Jwan Heah dan Timbalan Pengurus Besar Aaron Bong kepada Datuk Dylan Chui, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DELUX pada majlis pembukaannya.

 

Majlis pembukaan ini menandakan pelancaran rasmi kedai `flagship' itu, disaksikan oleh tetamu terhormat daripada pelbagai sektor termasuk pemain badminton negara Cheah Liek Hou, Datin Katherine Leong Hong Yin, Chen Koon Lin, Loo Kah Choon dan Datuk Wira Dr. Calvin Khiu.

 

 

DELUX
(Empat dari kiri) tokoh usahawan, Datuk Wira Dr. Calvin Khiu; Pengasas dan CEO DELUX, Datuk Dylan Chui (tengah); Pengarah Urusan DELUX, Wendy Chui dan (ketiga dari kanan); pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou (kedua dari kanan). 

 

 

DELUX Flagship Store yang luas dan menarik ini mempunyai rumah replika berkonsep yang menampilkan reka bentuk dalaman dan stail rumah yang berlainan, di mana pengunjung berpeluang merasai kualiti produk secara langsung serta lebih nyata, sambil boleh mengambil inspirasi reka bentuk.

 

Flagship Store ini mempamerkan lebih daripada 20 reka bentuk Pintu Keselamatan AlutechDoor dan lebih daripada 10 jenis Pintu Pagar tanpa Trek UniGate. Selain itu, Flagship Store ini turut menyediakan ruang inovatif seperti bilik gelap untuk pintu pagar LED, di mana pengunjung akan disambut dengan pemandangan siling langit berbintang yang cukup kontemporari, serta lapan reka bentuk LED yang dipamerkan untuk merasai teknologi LED dalam realiti.

 

Flagship Store DELUX juga menyediakan bilik permainan kanak-kanak yang selesa, membolehkan pengunjung menikmati semasa mengunjung tanpa risaukan anak-anak mereka.

 

Semua produk DELUX merupakan hasil inovasi pasukan R&D DELUX, direka bentuk dan dihasilkan sendiri, dibuktikan menerusi ruang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menunjukkan produk telah melalui proses ujian yang ketat sehingga dapat pengiktirafan daripada SIRIM.

 

Pengunjung boleh mengambil peluang untuk menguji tahap ketahanan dan kualiti produk sendiri. Pasukan jualan profesional DELUX sentiasa bersedia membantu pengunjung untuk memilih pintu pagar tanpa trek dan pintu keselamatan yang paling sesuai dan padan dengan reka bentuk rumah mereka.

 

 

iktisad
Pintu keselamatan yang dipamerkan di Kedai Falgship DELUX di Puchong.

 

 

Mulai sekarang hingga Januari 2025, DELUX mengadakan Cabutan Bertuah di seluruh negara, di mana pelanggan di semua kedai rasmi DELUX dan pengedar berpeluang memenangi hadiah bernilai RM238,888.88, dengan hadiah utama kenderaan elektrik (EV), serta hadiah bulanan seperti kerusi urut, peranti tablet dan peralatan dapur.

 

Datuk Dylan Chui, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DELUX, berkata, "Kedai 'flagship' baharu DELUX bukan sahaja menambahkan satu lagi pencapaian kami untuk meningkatkan keselamatan rumah dan estetika, tetapi juga menetapkan piawaian baru untuk bilik pameran pintu pagar tanpa trek dan pintu keselamatan di negara ini selaras dengan aspirasi jenama untuk menjadi 'The One and No Substitute'.

 

Kunjungi DELUX Flagship Store di Puchong untuk meneroka teknologi DELUX dan temui apa yang membuatkan pintu pagar dan pintu keselamatan benar-benar luar biasa."

 

DELUX memegang lima rekod lain dalam `The Malaysia Book of Records' seperti berikut: 2020 - Pintu Pagar Tanpa Trek Terpanjang 2022 - Reka Bentuk Pintu Pagar Tanpa Trek Terbanyak 2022 - Pintu Keselamatan Aluminium yang Pertama Diperakui 2022 - Kilang Pembuatan Pintu Pagar Aluminium Tanpa Trek Terbesar 2023 - Sistem Engsel Pintu Pagar Terkuat menampung berat sehingga 4,588.72 Kg.

 

DELUX Flagship Store terletak di No. 1, Jalan BP 4/9, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 6 petang. Tempat letak kenderaan secara percuma disediakan. - DagangNews.com