LKL International terima kontrak RM24.55 juta bekal kerusi pergigian kepada UKM | DagangNews Skip to main content

LKL International terima kontrak RM24.55 juta bekal kerusi pergigian kepada UKM

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Dis - LKL International Bhd menerusi LKL Anvance Metaltech Sdn Bhd menerima kontrak RM24.55 juta daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membekal, memasang dan mentauliah kerusi pergigian dan pakej aksesori serta kerja-kerja pengubahsuaian berkaitan.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu mewakili satu-satunya anugerah terbesar bagi bekalan dan pemasangan peralatan perubatan yang diterima sejak penubuhan syarikat.

 

Katanya, ia menyumbang kira-kira 50% daripada perolehan hasil teraudit kumpulan yang terkini.

 

"Kontrak itu dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2025," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu tidak tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham syarikat dan/atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama LKL dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu.- DagangNews.com