KUALA LUMPUR 5 Dis - Peneraju platform teknologi kewangan (fintech) terkemuka di Asia Tenggara, Fiuu, mengumumkan kerjasama dengan Visa untuk memperkenalkan Rumusan Ansuran Visa (VIS) kepada perniagaan di rantau ini.
VIS merupakan rumusan masa nyata yang dikuasakan oleh platform Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) dan dipacu API, yang boleh disepadukan dengan proses pembayaran sedia ada.
Rumusan berkenaan membolehkan perniagaan menawarkan pilihan ansuran yang lebih mudah, seterusnya meningkatkan jualan dan memperkasakan pengalaman pelanggan.
VIS melangkaui rumusan BNPL tradisional dengan memanfaatkan rangkaian luas Visa, membolehkan peniaga Fiuu menerima pembayaran ansuran yang dikendalikan VIS di Malaysia, Singapura dan Filipina.
Rumusan itu memperluaskan landskap pembayaran, menawarkan pengguna lebih fleksibiliti dan akses kepada pilihan pembayaran yang mereka inginkan.
Beberapa syarikat terkemuka seperti Samsung, Electrolux, BWL Group dan banyak lagi, telah menyepadukan VIS ke dalam platform mereka melalui Fiuu.
Penggunaan meluas tersebut mencerminkan komitmen untuk memperkasakan pengalaman pelanggan dan menawarkan penyelesaian pembayaran yang fleksibel.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fiuu, Eng Sheng Guan berkata, VIS merupakan kemajuan penting dalam komitmen syarikat terhadap inovasi rumusan pembayaran.
"Kerjasama dengan Visa membolehkan kami memperkasakan peniaga dan pelanggan dengan pilihan pembayaran yang fleksibel, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan.
Integrasi VIS memastikan peniaga dapat menawarkan pengalaman pembelian yang lebih lancar, mudah dan disesuaikan dengan pelanggan mereka.
Inisiatif strategik itu mencerminkan dedikasi Fiuu dalam memenuhi keperluan pelbagai pelanggan dan melancarkan proses pembelian secara menyeluruh.
Ketua Fintech dan Peniaga Visa Malaysia, Lim Gaik Lin pula menyifatkan, pihaknya teruja bekerjasama dengan Fiuu dalam memperkenalkan VIS kepada lebih banyak peniaga di rantau ini.
"Dengan permintaan untuk rumusan BNPL yang terus meningkat, penting untuk menyediakan pilihan pembayaran fleksibel bagi memenuhi keperluan pelanggan kad kami.
"Kerjasama ini membolehkan peniaga Fiuu menawarkan pengalaman pembayaran ansuran yang lancar dan mudah, selain memperkasakan pengguna untuk mengurus kewangan mereka dengan lebih berkesan," ujarnya.
Menerusi jangkauan serantau, integrasi lancar dan kerjasama strategik, Fiuu bersedia mengubah pengalaman pembayaran untuk perniagaan dan pengguna di seluruh Asia Tenggara.
Kerjasama tersebut bakal memperkasakan perniagaan dengan capaian dan fleksibiliti yang lebih meluas, sambil menawarkan pengguna kemudahan dan pengurusan kewangan yang lebih baik. - DagangNews.com