Guan Chong beli 25% kepentingan dalam syarikat koko Ivory Coast, Transcao Cote D’ivoire | DagangNews Skip to main content

Guan Chong beli 25% kepentingan dalam syarikat koko Ivory Coast, Transcao Cote D’ivoire

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 14 Jan - Anak syarikat Guan Chong Bhd, GCB Cocoa Singapore Pte Ltd, memperoleh 25% pegangan dalam Transcao Cote D’ivoire (Transcao CI) yang berpangkalan di Ivory Coast daripada Conseil Du Cafe-Cacao berharga RM130.10 juta.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Guan Chong berkata pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kumpulan itu.

 

"Ia juga selaras dengan hasrat untuk menyokong visi negara Ivory Coast dalam strategi pembangunannya untuk perindustrian sektor koko.

 

 

Transcao Cote D’ivoire

 

“Transcao CI beroperasi di Ivory Coast dan terlibat terutamanya dalam pemprosesan koko, pembuatan dan pengedaran produk siap, mewujudkan nilai tambah untuk meningkatkan pendapatan petani, dan mempromosikan penggunaan tempatan dan serantau.

 

"Lembaga lembaga tidak meramalkan sebarang risiko material menurut cadangan pengambilalihan kecuali risiko politik dan ekonomi dan faktor risiko perniagaan yang wujud yang dikaitkan dengan industri," kata Guan Chong. - DagangNews.com