Kenaikan tarif pelabuhan, dasar Donald trump tentukan nasib Westports - CGS International | DagangNews Skip to main content

Kenaikan tarif pelabuhan, dasar Donald trump tentukan nasib Westports - CGS International

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 12 Nov - Pengenalan dasar tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan kelulusan kerajaannya menaikkan tarif pelabuhan akan menentukan nasib Westports Holdings Bhd, kata CGS International.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan volum kontena Westports dijangka perlahanan, mengharapkan pertumbuhan kecil tahun ke tahun walaupun terjejas dengan kesan Zim. 

 

Kesan Zim merujuk kepada keputusan Malaysia untuk menolak kapal dengan bendera Israel di pelabuhannya.

 

"Secara keseluruhannya, kami menjangkakan jumlah volum kontena meningkat 3.8% pada 2025 berbanding 0.7%pada 2024. 

 

"Sebaliknya, kami menjangkakan pengendalian normal akan menyumbang kepada hasil perkhidmatan pada 2025 memandangkan kawasan Westports kini semakin berkurangan," katanya.

 

Firma itu berkata keuntungan bersih teras Westports pada suku ketiga 2024 (3Q2024) sebanyak RM228 juta adalah 12% lebih tinggi suku ke suku didorong oleh prestasi operasi yang lebih kukuh dan perbelanjaan pelunasan yang lebih rendah bagi infrastruktur pelabuhan. 

 

Secara berasingan, firma itu menjangkakan kerajaan membenarkan Westports menaikkan tarif pelabuhan pada tahun depan bagi membiayai rancangan pengembangannya.

 

Katanya, ia menjangkakan peningkatan 15% pada 1 September 2025.

 

CGS International menaikkan saranan Westports kepada 'pegang' sehingga butiran kenaikan tarif diumumkan. 

 

Sementara itu, firma tersebut menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM4.33 sesaham.- DagangNews.com