KUALA LUMPUR 27 Nov - Kenanga Research menyemak turun unjuran keuntungan bersih FY24 Pharmaniaga sebanyak 10% akibat keputusan kewangan suku keempat yang lebih lemah daripada yang dijangkakan tetapi mengekalkan ramalan pendapatan FY25.
Walaupun belum keluar daripada status Nota Amalan (PN17), firma penyelidikan itu menyemak naik penarafan Pharmaniaga kepada "market perform" didorong unit bekalan perubatan yang sedang berkembang.
Pharmaniaga mencatat hasil RM130 juta pada 9MFY24 dibantu oleh pemulangan caj penalti berkaitan dengan perniagaan konsesi semasa pandemik.
"Ini menjadikan keuntungan bersih 9MFY24 kepada RM35 juta yang masuk pada 70% daripada ramalan setahun penuh kami.
"Kami menganggap keputusan itu berada di bawah jangkaan memandangkan keputusan suku keempat yang lebih lemah," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Melangkah ke hadapan, Pharmaniaga menjangkakan pertumbuhan dalam unit bekalan perubatan pada 4QFY24.
Katanya, jangkaan itu disokong oleh bilangan produk aktif di bawah Senarai Pembelian Produk Diluluskan (APPL) dijangka meningkat daripada 655 produk pada 3QFY24 kepada 832 produk menjelang akhir 2025 .
Kenanga menyemak naik saranan Pharmaniaga kepada "market perform" daripada "underperform" dan meningkatkan harga sasaran (TP) kepada 39 sen daripada 34 sen berdasarkan perolehan sesaham (EPS) 12 kali pada FY25.
Sementara itu, Kenanga menyerlahkan risiko yang mungkin menjejaskan saranan kepada Pharmaniaga termasuk pelan penyusunan semuala (PN17) yang mengurangkan nilai saham pemegang sedia ada.- DagangNews.com