Latar kemukakan tuntutan timbang tara RM46.13 juta terhadap Prolintas Expressway  | DagangNews Skip to main content

Latar kemukakan tuntutan timbang tara RM46.13 juta terhadap Prolintas Expressway 

Lebuh raya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur - Kuala Selangor. Gambar hiasan dari laman web rasmi Latar
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 26 Dis - KL-Kuala Selangor Expressway Bhd (Latar), yang dahulunya kenali sebagai Lebuhraya Assamjawa Taman Rimba Bhd telah mengemukakan tuntutan timbang tara RM46.13 juta terhadap syarikat konsesi lebuh raya, Prolintas Expressway Sdn Bhd, anak syarikat Prolintas Infra Business Trust.

 

Pengurusan kes bagi tuntutan mahkamah yang difailkan pada 22 November 2024  telah diadakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Azlan Sulaiman pada Isnin.

 

Latar diwakili oleh firma guaman Gan Partnership, manakala Prolintas telah melantik Abu Talib dan Shahrom untuk mewakili syarikat itu.

 

Latar berkata, keputusan dalam kes timbang tara yang telah dibuat pada 7 November itu dikendalikan oleh penimbang tara Mohandass Kanagasabai. 

 

"Prolintas dikehendaki membayar RM25.45 juta, berserta faedah mulai 8 Mei 2023 sehingga penyelesaian penuh. 

 

"Di samping itu, pemegang konsesi lebuh raya perlu membayar faedah sebanyak RM19.78 juta,dan faedah tambahan sebanyak RM918,994," katanya. 

 

Timbang tara itu berkaitan pertikaian perjanjian perkongsian kos yang melibatkan rancangan bagi menghubungkan Lebuhraya Koridor Guthrie dengan Latar.

 

Pengurus Besar Bahagian Undang-Undang Latar, Imee Nurshaninaz Mohd Bashah berkata, Prolintas masih belum membayar faedah timbang tara yang ditetapkan.

 

Oleh itu, Imee berkata, Latar memohon kebenaran daripada mahkamah untuk menguatkuasakan keputusan timbang tara menjadi penghakiman yang mengikat dan boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah, kerana peguamcara Latar menuntut jumlah RM46.13 juta pada 14 November 2024. 

 

Pada 15 November 2024, Prolintas mengeluarkan kenyataan mengiktirafkan jumlah itu dan berkata, ia tidak akan menghadapi sebarang kerugian kewangan berikutan timbang tara itu.

 

Pertikaian melibatkan perjanjian perkongsian kos itu adalah berhubung GCE Co, pemegang konsesi tol Lebuhraya Koridor Guthrie yang menuntut RM80.1 juta terhadap Latar dan Latar pula menuntut RM74.9 juta terhadap GCE Co.

 

Sementara itu, penimbang tara telah membenarkan kedua-dua tuntutan itu dan GCE Co dikehendaki membayar RM46.13 juta kepada Latar.- DagangNews.com