OSK Holdings diramal tampil prestasi lebih baik bagi baki FY24, didorong sumbangan positif dalam segmen hartanah - Malacca Securities | DagangNews Skip to main content

OSK Holdings diramal tampil prestasi lebih baik bagi baki FY24, didorong sumbangan positif dalam segmen hartanah - Malacca Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Dis - OSK Holdings Bhd diyakini menampilkan prestasi lebih baik untuk baki 2024 didorong sumbangan positif dalam segmen hartanah, kata Malacca Securities.

 

Katanya, kumpulan itu mempunyai jumlah bank tanah seluas 761.2 hektar yang dilihat akan memberikan keterlihatan pendapatan yanga baik untuk beberapa tahun akan datang.

 

Firma penyelidikan itu berkata, segmen industri kumpulan itu menjangkakan pertumbuhan pembesaran kilang pengeluaran kabel sedia ada di Melaka ditambah pengambilalihan dua kilang baharu di Johor Baharu yang hamper menggandakan kapasiti pengeluaran dalam masa terdekat.

 

"Bahagian hospitaliti akan mempunyai suku yang kukuh disebabkan musim cuti, manakala perkongsian dengan pengendali antarabangsa untuk hotel penjenamaan semula seperti DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort dan Holiday Inn Express & Suites di JB akan terus memacu hasil positif semasa tempoh percutian.

 

"Segmen perkhidmatan kewangan juga dijangka mempunyai pertumbuhan positif disokong oleh portfolio pinjaman yang kukuh," katanya dalam atu nota kajian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: OSK Holdings yakin berkembang dengan konsisten selepas catat kenaikan 11.5% untung bersih pada 3QFY24
 

Malacca Securities berkata, memandangkan keputusan yang lebih kukuh, pihaknya menyemak semula untung bersih teras lebih tinggi sebanyak 9.4% hingga 9.7% kepada RM519.0 juta dan RM552 juta untuk FY25-FY26. 

 

Katanya, semakan itu dibuat dengan mengambil kira pertumbuhan pendapatan yang lebih kukuh daripada semua unit perniagaan, ditambah dengan sumbangan yang lebih tinggi daripada kumpulan RHB.

 

Firma penyelidikan itu percaya, segmen hartanah boleh mendapat manfaat daripada kitaran naik dalam sektor ini di tengah-tengah peningkatan permintaan untuk pusat data. 

 

"Segmen industri dan hospitaliti juga mencerminkan potensi pendapatan positif pada FY25," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM2.06 sesaham. - DagangNews.com