Pendapatan pusat data Asean diyakini naik 20% dibantu oleh permintaan tempatan dan global tinggi - Maybank IB  | DagangNews Skip to main content

Pendapatan pusat data Asean diyakini naik 20% dibantu oleh permintaan tempatan dan global tinggi - Maybank IB 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 22 Jan - Hasil pusat data Asean diunjur melonjak  20% kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) menjelang 2028, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

 

Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh permintaan tempatan dan global yang kukuh memandangkan Asean boleh muncul sebagai hab pusat data, disokong oleh kos ekonomi yang menggalakkan dan infrastruktur kuasa/air.

 

"Dengan mengandaikan permintaan separuh daripada permintaan global datang dari China dan menganggap China tidak dibernarkan  mengehos data atau menjalankan model bahasa besar (LLM) di Asean, pertumbuhan permintaan keseluruhan akan berkurangan kepada 17.2%,” katanya.

 

Maybank IB berkata, walaupun pelabur dari syarikat China di Asean akan menghadapi cabaran, firma itu percaya hanya sekitar 10% daripada mereka yang menyumbang kepada jumlah pelaburan. 

 

Walaupun kawalan eksport Amerika Syarikat (AS) baharu mengehadkan akses kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju, Maybank IB melihatnya sebagai peluang kepada pusat data Asean .

 

"Walaupun AI menyediakan potensi pertumbuhan jangka panjang dalam Asean, pertumbuhan jangka sederhana akan didorong oleh pusat data tradisional yang mengutamakan pengkomputeran dan penyimpanan awan. 

 

"Kami menganggarkan Asean adalah antara 55% kepada 70% disokong oleh pasaran yang berkembang dari segi infrastruktur pusat data per kapita," katanya. 

 

Pada masa yang sama, Maybank IB berkata, pusat data utama dipacu AI di ASEAN kebanyakannya diketuai oleh AS, yang dipercayai mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk melepasi sekatan pasaran peringkat dua.

 

“Selain itu, kami menjangkakan unit pemprosesan grafik sebagai perkhidmatan (GPUaaS) di Asen menerima permintaan yang lebih besar jika akses kepada GPU termaju di China disekat," katany - DagangNews.com