KUALA LUMPUR 14 Jan - Petron Malaysia membuka stesen minyaknya yang ke-800 iaitu Petron Pedas-Linggi Layby Southbound terletak di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS bagi memenuhi keperluan para pemandu yang menuju ke arah selatan tanah air.
Petron berkata, stesen seluas 4,047 kaki persegi itu dibuka tepat pada masanya bagi menampung peningkatan trafik sempena cuti persekolahan serta perayaan yang akan datang pada Januari 2025.
"Stesen ini memberikan pelanggan satu lagi lokasi perhentian yang memudahkan mereka untuk menyegarkan diri ketika mengisi minyak.
"Stesen minyak ini juga menyediakan pelbagai tawaran di dalam kedai Treats seperti Dunkin', Costa Coffee dan Automated Teller Machine (ATM), selain menawarkan bahan api yang berkualiti seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97 Euro 4M, Blaze 95 Euro 4M, Turbo Diesel Euro 5 and Diesel Max Euro 5.
"Selain itu, stesen minyak ini juga merupakan stesen Petron pertama yang dilengkapi dengan kioks Quick Treats di kawasan pam stesen, membolehkan pelanggan membeli minuman dan makanan ringan dengan mudah dan cepat.
Pengurus Besar Petron Malaysia berkata, pembukaan stesen minyak itu membuktikan komitmen syarikat dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
" Kami mengalu-alukan lebih ramai rakan strategik yang berminat untuk memberikan perkhidmatan, supaya stesen minyak Petron bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asas pelanggan, tetapi juga sebagai tempat yang memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada mereka yang singgah di stesen kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain daripada memperluaskan perniagaan, stesen Petron Pedas-Linggi Layby Southbound dilengkapi dengan teknologi hijau seperti tempat tadahan air hujan bagi mengoptimumkan penggunaan air, pencahayaan yang menggunakan kuasa solar untuk mengurangkan pelepasan karbon, serta penggunaan bahan binaan yang mesra alam.
Sempena pembukaan stesen minyak ke-800, Petron memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi minyak percuma selama setahun.
Kempen yang diadakan di seluruh negara ini telah berlangsung dari 1 Disember 2024 hingga 31 Mac 2025.
Pelanggan yang membeli petrol bernilai minimum RM250 dan mendaftarkan Kad Petron Miles mereka atau menggunakan aplikasi mudah alih Petron, layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah petrol yang bernilai lebih daripada RM200,000. - DagangNews.com