Phillip Capital positif terhadap penambahan buku pesanan MN Holdings disokong pelan pengembangan agresif pelanggan | DagangNews Skip to main content

Phillip Capital positif terhadap penambahan buku pesanan MN Holdings disokong pelan pengembangan agresif pelanggan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Okt - Phillip Capital positif terhadap penambahan buku pesanan MN Holdings Bhd disokong pelan pengembangan agresif daripada pelanggannya.

 

Katanya, pengurusan sedang meneroka kemungkinan memulkan keraja awal untuk tapak baharu daripada pelanggan utamanya, sama seperti plot 4 dari segi kapasiti menjelang khir 2024 sebelum dianugerahkan kontrak infrastruktur kuasa.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu berpotensi mendapat manfaat daripada pesanan tambahan disebabkan peningkatan keperluan kerja, berjumlah RM10 juta, yang akan mewakili tambahan 7% daripada nilai kontrak semasa.

 

"Selain Johor, MN melihat peluang untuk mendapatkan kontrak baharu dari tapak projek Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 80MW hingga 120MW yang dirancang, diterjemahkan kepada nilai kontrak RM20 juta hingga RM50 juta.

 

"Kami menjangkakan momentum pendapatan FY25 yang lebih kukuh, didorong oleh pengiktirafan projek yang lebih pantas daripada kontrak yang sedang berjalan.

 

"Kami menjangkakan peluang kontrak yang berterusan daripada Pelanggan A, didorong rancanga pembangunan pusat data yang agresif," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Phillip Capital menyukai MN sebagai proksi untuk infrastruktur kuasa Malaysia yang berkembang dan penedahan strategik alam sector pusat data dan solar yang berkembang pesat.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan beberapa isiko termasuk pelancaran projek yang lebih perlahan daripada jangkaan yang menjejaskan penambahan buku pesanan dan kelewatan projek yang tidak dijangka.

 

"Kami memulakan liputan terhadap kumpulan itu dengan saranan 'beli' pada harga RM1.20 sesaham," katanya. - DagangNews.com