KUALA LUMPUR 27 Nov - Keputusan kewangan 9MFY24 Malakoff Corporation Bhd meleset daripada jangkaan akibat asas kos yang lebih tinggi dan gangguan loji yang tidak dijangka.
RHB Investment berkata, hasil Malakoff pada 9MFY24 sebanyak RM168 juta tidak memenuhi anggaran tahunannya.
"Pendapatan 3QFY24 turun 69% QoQ kepada RM25 juta akibat kos operasi dan penyelenggaraan tinggi serta gangguan loji utama Tanjung Bin Power (TBP).
"Bagaimanapun Malakoff berjaya memulihkan hasil 9MFY24 sebanyak RM168 juta daripada kerugian RM479 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
"Ini didorong oleh impak margin bahan api dan sumbangan Alam Flora yang lebih baik," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Firma penyelidikan itu menjangkakan lebih banyak loji gas baharu akan dibangunkan.
"Malakoff kini mempunyai kapasiti terma 5.3GW dan menyasarkan untuk mencapai 10GW menjelang 2031. Oleh itu, kami menjangkakan mereka menambah kapasiti gas baharu dalam jangka sederhana," katanya.
RHB Investment mengurangkan pendapatan FY24 sehingga FY26 Malakoff sebanyak 10%, 18% dan 18% selepas mengira asas kos yang lebih tinggi dan kesan negatif daripada gangguan loji yang tidak dijangka.
Sementara itu, firma tersebut mengekalkan saranan "beli" dengan menaikan harga sasaran (TP) RM1.06 daripada RM1.11.
Dalam nota penyelidikan yang berasingan, Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, keputusan 3QFY24 Malakoff selaras dengan jangkaannya berikutan pendapatan meruncing secara berurutan akibat opex yang lebih tinggi dan kemungkinan margin bahan api yang lebih rendah.
"Walaupun terdapat peningkatan daripada tuntutan insurans Tanjung Bin Energy (TBE), pendapatan 3QFY24 menunjukkan aliran QoQ yang lebih rendah di belakang opex yang lebih tinggi dan kemungkinan margin bahan api yang lebih rendah.
"Kami mengekalkan saranan "pegang" dan TP 80 sen terhadap saham Malakoff," katanya.
Sementara itu, Maybank IB menekankan faktor risiko anggaran pendapatan, TP dan penarafan Malakoff seperti gangguan besar tidak berjadual yang akan menyebabkan kekurangan dalam kutipan hasil dan sebarang pembangunan kawal selia yang tidak dijangka," katanya.- DagangNews.com