Seremban Engineering terima tuntutan balas RM25 juta daripada CN Eleco Engineering | DagangNews Skip to main content

Seremban Engineering terima tuntutan balas RM25 juta daripada CN Eleco Engineering

Gambar dari Facebook Seremban Engineering Bhd
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Nov - Seremban Engineering Bhd menerima tuntutan balas sebanyak RM24.94 juta daripada CN Eleco Engineering Sdn Bhd, berkaitan projek kilang pembuatan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, tuntutan balas itu susulan kepada saman asal yang difailkan oleh MIE Industrial Sdn Bhd, pemegang 69.7% saham majoriti SEB. 

 

Menurut saman pertama, MIE mendakwa CN Ekeco melanggar obligasi kontraknya berhubung 'Big Blue Project' di Bandar Enstek yang dianugerahkan oleh Dutch Lady Milk Industries Bhd pada April 2022. 

 

 

MIE menuntut RM21.14 juta daripada CN Eleco atas dakwaan pelanggaran.

 

Dalam tuntutan balas itu, CN Eleco berhujah pihaknya tidak melanggar obligasi kontrak itu dan mendakwa caj itu adalah tidak wajar. 

 

CN Eleco juga mendakwa konspirasi oleh SEB dan MIE untuk menjatuhkan perniagaannya.

 

SEB berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 21 November 2024 bagi pengurusan kes.

 

"Dakwaan ke atas SEB ini tidak berasas bukti memandangkan  tiada obligasi kontrak antara SEB dan CN Eleco.

 

"Syarikat sedang mencari nasihat undang-undang untuk menyelesaikan dan/atau membela diri," katanya.- DagangNews.com