Swift Haulage diramal catat pertumbuhan dalam segmen gudang dan depoh kontena - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Swift Haulage diramal catat pertumbuhan dalam segmen gudang dan depoh kontena - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Nov - Maybank Invetment Bank (Maybank IB) menjangkakan Swift Haulage Bhd mencatatkan pertumbuhan dalam segmen gudang & depoh kontena disebabkan proses pengembangan kapasitinya baru-baru ini.

 

Bagaimanapun katanya, kadar pengambilan bagi bahagian itu mungkin lebih perlahan daripada jangkaan kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

 

"Kumpulan itu berdepan tekanan daripada persaingan yang sengit, menimbulkan risiko menurun kepada kadar dan volum yang dikendalikan.

 

"Kami bagaimanapun percaya sebahagian daripada harga sahamnya mencerminkan tekanan ini," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

Terdahlu, untung bersih 3QFY24 kumpulan susut hamper 80% kepada RM5.77 juta berbanding RM25.47 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

 

Kos kewangan yang lebih tinggi turut mempengaruhi 3QFY24 dan syarikat tidak mengisytiharkan sebarang dividen.

 

Bagaimanapun, hasil meningkat 8.9% tahun ke tahun kepada RM183.06 juta, terutamanya didorong oleh segmen pengangkutan kontena dan pengangkutan darat yang menyumbang kira-kira 74% daripada jumlah hasil.

 

Firma penyelidikan itu berkata, untung bersih teras 9MFY24 sebanyak RM21.7 juta meleset daripada jangkaandan konsensus, mencecah hanya 53% daripada anggaran setahun penuh.

 

Katanya, kekurangan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kos yang lebih tinggi daripada jangkaan, mungkin daripada kecekapan yang lebih rendah di tengah-tengah pengembangan kapasiti.

 

"Kami telah menyemak semula ramalan pendapatan kami sebanyak -12%/-12%/-11% untuk FY24/FY25/FY26 bagi mengambil kira margin yang lebih rendah merentas semua segmen," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'pegang' pada harga 49 sen sesaham.- DagangNews.com