Syarikat Singapura DFI umum pengambilan wajib tanah di Kedah, tutup operasi kedai bebas cukainya di Bukit Kayu Hitam | DagangNews Skip to main content

Syarikat Singapura DFI umum pengambilan wajib tanah di Kedah, tutup operasi kedai bebas cukainya di Bukit Kayu Hitam

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 4 Okt - Duty Free International Ltd (DFI) yang tersenarai di Singapura mengumumkan pengambilan tanah wajib bagi beberapa bidang tanah di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

 

Dalam satu kenyataan, DFI berkata tanah-tanah tersebut dimiliki oleh anak syarikat milik penuhnya, Cergasjaya Sdn Bhd dan Cergasjaya Properties Sdn Bhd.

 

DFI berkata ia akan memperoleh Lot 1683 Bukit Kayu Hitam dan PT2209 Bukit Kayu Hitam, yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah.

 

DFI berkata pengambilan tanah wajib itu akan menyebabkan penutupan perniagaan bebas cukai kumpulan itu di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

 

df

 

“Berdasarkan penyata kewangan disatukan kumpulan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 29 Feb 2024, Cergasjaya telah menyumbang kira-kira 24% kepada hasil kumpulan.

 

“Memandangkan proses pemeriksaan tanah untuk penentuan pampasan masih berjalan, kumpulan itu akan diwakili oleh penasihat undang-undangnya untuk mendapatkan pampasan yang mencukupi dan adil seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.” - DagangNews.com