TA Securities turunkan unjuran pendapatan FY25 PGF Capital kepada 34% susulan kelewatan pengiktiraf keuntungan jualan tanah  | DagangNews Skip to main content

TA Securities turunkan unjuran pendapatan FY25 PGF Capital kepada 34% susulan kelewatan pengiktiraf keuntungan jualan tanah 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Nov - TA Securities turunkan unjuran pendapatan FY25 sehingga FY27 ke atas PGF Capital sebanyak 34% selepas mengambil kira kelewatan mengiktirafkan keuntungan jualan tanah. 

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan hasil jualan tanah itu  akan menyumbang keuntungan RM9.4 juta pada FY26 dan baki RM11.6 juta pada FY27.

 

PGF mencatat pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak lima kali ganda pada 1HFY25 didorong oleh pertumbuhan eksport produk penebat bulu kaca yang membantu meningkatkan kecekapan operasinya.

 

Selain itu, kos pengeluaran kembali normal yang mendorong yang membawa kepada pemulihan margin selepas mengalami beberapa kerugian daripada gudang Australia tahun lepas. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, melihat ke hadapan, pengurusan PGF kekal optimistik mengenai permintaan produk penebat bulu kaca dalam jangka masa panjang.

 

“Walaubagaimanapun, kekurangan pekerja dalam industri perumahan di Australia menunjukkan kelembapan dalam aktiviti pembinaan dalam jangka masa terdekat, yang mungkin melumpuhkan permintaan untuk bahan binaan.

 

"Selain itu, pelancaran projek hartanah GDV bernilai RM600 juta di Tanjung Malim berkemungkinan akan ditangguhkan kepada FY26 kerana masih belum menerima semua kelulusan pembangunan," katanya dalam satu nota penyelidikan. 

 

TA Securities juga menjangkakan kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 bulan yang akan berkuatkuasa pada tahun depan bakal memberi kesan langsung kecil terhadap PGF. 

 

"Anggaran kasar kami menunjukkan hanya peningkatan 0.2% atau RM216,000 dalam kos pengeluaran setahun," katanya. 

 

Sementara itu, firma tersebut mengekalkan saranan 'Beli' ke atas PGF dengan harga sasaran tidak berubah RM2.76 sesaham.- DagangNews.com