Velesto Energy, SLB jalin kerjasama tingkatkan keupayaan pelantar penggerudian | DagangNews Skip to main content

Velesto Energy, SLB jalin kerjasama tingkatkan keupayaan pelantar penggerudian

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Okt - Velesto Energy Bhd menerusi Velesto Drilling Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat teknologi global, SLB bagi meningkatkan keupayaan pelantar penggerudian.

 

Katanya, kerjasama tiga tahun itu bakal menyaksikan SLB menggunakan rumusan penyampaian telaga pintar dan cerapan gerudi serta rumusan pelepasan penggerudian pada pelantar Velesto yang ditetapkan.

 

Rumusan digital itu direka bentuk bagi meningkatkan dan mengoptimumkan prestasi penggerudian serta memantau pelepasan, membuka kunci potensi komersial untuk kedua-dua pihak.

 

Presiden Velesto, Megat Zariman Abdul Rahim berkata, kerjasama itu mewakili perubahan ketara dalam pendekatan kumpulan bagi meningkatkan keupayaan teknikal pelantar mereka.

 

"Dengan menyepadukan perkhidmatan berkualiti tinggi, keselamatan dan, kemajuan digital dan teknologi terkini, kami komited untuk menyampaikan prestasi tinggi dan hasil yang cekap untuk pelanggan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

MoU itu juga mencerminkan komitmen kedua-dua pihak bagi meneroka peluang baharu dan menyampaikan faedah bersama dengan memanfaatkan kekuatan serta keupayaan unik setiap organisasi, membuka jalan kepada pendekatan inovatif bagi menghadapi cabaran industri. - DagangNews.com