Velesto lengkapkan tinjauan khas berkala bagi Naga 6 mengikut jadual | DagangNews Skip to main content

Velesto lengkapkan tinjauan khas berkala bagi Naga 6 mengikut jadual

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Okt - Velesto Energy Bhd melengkapkan tinjauan berkala khas (SPS) yang wajib bagi setiap lima tahun untuk platform penggerudian Naga 6 di Limbungan Kapal Labuan mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, skop kerja SPS merangkumi pensijilan semula, menaik taraf, pembaikan dan penyeleggaraan seperti pemeriksaan bahawa air sebagai gentian kering (UWILD) serta penyelenggaraan system peralatan penggerudian.

 

Katanya, ia juga melibatkan pensijilan semula peralatan kawalan telaga, penyelenggaraan sistem marin, naik taraf sistem racking paip VFD, naik taraf sistem pengurusan, naik taraf sistem CCTV, pemasangan perkakasan dan beberapa pembaharuan paip dan keluli.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Velesto lengkapkan tinjauan khas berkala bagi Naga 2, peroleh kontrak baharu untuk Naga 3

 

Presiden Velesto Energy, Megat Zariman Abdul Rahim berkata, pihaknya berbangga kerana telah menyiapkan projek itu mengikut jadual di Labuan dengan sokong daripada rakan kongsi tempatan.

 

"Usaha ini menyerlahkan komitmen kami untuk memajukan sektor minyak dan gas Malaysia dan meningkatkan kepakaran tempatan, yang penting untuk pertumbuhan jangka panjang industri," katanya.

 

Berikutan penyiapan SPS, Naga 6 bersedia untuk menggerakkan operasi di Sarawak, meneruskan kontraknya dengan Petronas Carigali Sdn Bhd.

 

Diberikan pada Mac 2024, kontrak itu meliputi operasi penggerudian dari Februari 2024 hingga Februari 2026, mengikut notis tugasan yang diterima untuk Naga 2, Naga 4 dan Naga 6.- DagangNews.com