VSTECS catat peningkatan untung bersih 54% kepada RM19.6 juta pada 3QFY24 dipacu perkembangan semua segmen perniagaan | DagangNews Skip to main content

VSTECS catat peningkatan untung bersih 54% kepada RM19.6 juta pada 3QFY24 dipacu perkembangan semua segmen perniagaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Nov - VSTECS Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 54% kepada RM19.6 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) berbanding RM12.7 juta pbagi suku sama tahun sebelumnya dipacu perkembangan dua digit dalam semua segmen perniagaan.

 

Hasil kumpulan bagi suku berkenaan juga meningkatkan 30% kepada RM841.76 juta berbanding RM646.40 juta pada 3QFY24.

 

Katanya, segmen pengedaran ICT meningkat 31% didorong jumlah telefon pintar yang lebih tinggi daripada pelancaran jenama baharu dan peningkatan permintaan untuk komputer riba apabila model yang didayakan kecerdasan buatan (AI).

 

"Segmen sistem perusahaan menyaksikan lonjakan hasil sebanyak 32% didorong pemenuhan pesanan peralatan berkaitan AI untuk pusat data (DC) walaupun terdapat kelemahan sementara dalam projek sektor awam.

 

"Segmen perkhidmatan ICT juga mengekalkan trajektori menaiknya, berkembang sebanyak 22% disokong peningkatan permintaan untuk perkhidmatan awan.

 

"Kumpulan juga melaporkan peningkatan sebanyak 53% dalam sumbangan syarikat bersekutunya, ISATEC Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Untung bersih kumpulan bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024 (9MFY24) meningkat kepada RM49.1 juta berbanding RM43.2 juta didorong peningkatan hasil RM2.1 bilion berbanding RM1.9 bilion pada 9MFY23. 

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, JH Soong berkata, dalam segmen pengedaran ICT, kitaran penggantian untuk peranti yang dibeli semasa permulaan pandemik baru sahaja bermula pada separuh kedua tahun ini, sejajar dengan pelancaran komputer riba yang didayakan AI.

 

Katanya, kumpulan itu mempunyai barisan produk baharu yang menarik yang ditetapkan untuk pelancaran akhir tahun ini dan awal 2025, menawarkan ciri inovatif yang direka untuk mempertingkatkan lagi pengalaman digital pengguna dan sambungan internet.

 

Beliau berkata, bagi segmen sistem perusahaan, piaknya menyaksikan peningkatan dalam tempahan untuk peralatan DC berkaitan AI, yang mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelayan tradisional.

 

"Permintaan ini mencerminkan peralihan ke arah infrastruktur canggih yang mampu mengendalikan beban kerja AI dan menyokong cita-cita digital Malaysia.

 

"Dengan peluang yang berterusan merentas semua segmen, kupulan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kawasan pertumbuhan tinggi dalam sektor teknologi," katanya.- DagangNews.com