Yinson raih pelaburan RM4.5 bilion daripada tiga entiti pelabur antarabangsa ADIA, BCI dan RRJ | DagangNews Skip to main content

Yinson raih pelaburan RM4.5 bilion daripada tiga entiti pelabur antarabangsa ADIA, BCI dan RRJ

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Jan - Yinson Holdings Berhad telah memeterai perjanjian muktamad dengan konsortium pelabur antarabangsa untuk menerbitkan AS$1 billion (RM4.5 bilion) pelaburan dalam saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) kumpulan dan waran 10% pada nilai pasca wang sebanyak AS$3.7 billion. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, perjanjian tersebut melibatkan saham syarikat luar pesisir milik penuhnya, Yinson Production. 

 

Katanya, hasil daripada urus niaga itu akan menyokong pertumbuhan selanjutnya Yinson Production, manakala AS$200 juta akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan teknologi hijau kumpulan. 

 

"Konsortium tersebut melibatkan Platinum Lily B 2024 RSC Limited, anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana yang diuruskan oleh British Columbia Investment Management Corporation (BCI) dan Kumpulan RRJ.

 

"Perjanjian itu memberi peluang untuk mengeluarkan RCPS tambahan sehingga AS$500 juta dalam tempoh 24 bulan dari tarikh tutup, tertakluk kepada syarat persetujuan," katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Yinson bakal memperoleh pelaburan RM4.5 bilion daripada tiga pelabur termasuk ADIA


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan, berkata, perjanjian itu memberi peluang kepada Yinson Production untuk menangkap peluang dalam pasaran kapal penyimpanan, pengeluaran terapung dan pemunggahan (FPSO) dan  mengembalikan modal Yinson Holdings Berhad kepada pemegang saham serta membiayai perniagaan peralihan tenaga kumpulan, Yinson Renewables dan Yinson GreenTech.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Production, Flemming Grønnegaard berkata, perjanjian itu merupakan salah satu urus niaga ekuiti berstruktur terbesar di Asia Tenggara dan mampu memacu peningkatan ekuiti peringkat plafform pertama oleh Yinson Production.

 

"Ia dibina berdasarkan rekod prestasi terbukti Yinson Producfion dalam menyampaikan pertumbuhan accrefive nilai melalui plafform bersepadu kami.

 

"Modal pertumbuhan akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran utama kami dan membolehkan kami merebut peluang dalam persekitaran pasaran FPSO yang teguh,” katanya.

 

Sementara itu, urus niaga itu dijangka ditutup pada suku pertama 2025, tertakluk kepada syarat penutupan biasa, termasuk kelulusan kawal selia dan kelulusan pemegang saham Yinson.

 

UBS AG, Cawangan Singapura bertindak sebagai penasihat kewangan dan A&O Shearman bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Yinson Producfion berhubung dengan transaksi ini. - DagangNews.com