TH Heavy Engineering lakukan penggulungan secara sukarela selepas setahun dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia | DagangNews Skip to main content

TH Heavy Engineering lakukan penggulungan secara sukarela selepas setahun dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Sept - TH Heavy Engineering Berhad (THHE) sedang melakukan penggulungan secara sukarela selepas setahun dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.

 

Syarikat itu memutuskan untuk melakukan penggulungan secara sukarela kerana ia tidak dapat meneruskan operasinya kerana liabiliti, katanya dalam notis penggulungan bertarikh 13 September 2023.

 

Notis penggulungan itu juga menyatakan bahawa mesyuarat pemiutang dijadualkan pada 4 Oktober ini pada pukul 3 petang.

 

THHE dikawal oleh syarikat yang diperbadankan, Kementerian Kewangan (MoF) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd, yang memegang 64.45% kepentingan dalam syarikat itu sebelum dinyahsenarai pada 5 September 2022.

 

Sehingga 23 Mac 2022, pemegang saham lain termasuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel dan adik-beradik Luqman dan Mohamed Nizam yang secara kolektif memegang 2.95%, menurut laporan tahunan terakhir THHE.

 

Pada akhir Jun 2022, kumpulan itu mengalami kekurangan modal sebanyak RM210.87 juta kerana memiliki liabiliti RM393.14 juta berbanding aset berjumlah RM182.27 juta.

 

Antara aset utamanya termasuk limbungan di Pulau Indah yang mampu membuat struktur luar pesisir dan menjalankan pembinaan kapal berskala sederhana  dengan kapasiti limbungan fabrikasi sebanyak 10,000 tan setahun dan kapasiti muatan keluar sebanyak 2,500 tan.

 

thhe

 

Penggulungan itu menandakan berakhirnya operasi syarikat itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad dan antara syarikat yang cemerlang di dalam industri minyak dan gas (O&G) semasa leadakan pada akhir 2000.

 

Syarikat itu adalah sebahagian daripada Lembaga Tabung Haji, yang muncul sebagai pemegang saham besar pada 2007 sebelum menjadi pemegang saham kawalan pada 2012.

 

Bagaimanapun, kemelesetan industri O&G telah menyebabkannya mengalami kerugian pada 2014 gagal mencatatkan keuntungan sejak itu.

 

Langkah seterusnya adalah membina kapal peronda luar pesisir (OSV) untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga gagal memulihkan kedudukan kewangannya.

 

thhe

 

Kumpulan itu dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada September 2022, selepas gagal melakukan penstrukturan semula walaupun diberi lapan lanjutan oleh Bursa Malaysia sejak pertama kali memasuki status Nota Amalan 17 (PN17) pada April 2018.

 

Keputusan penggulungan dibuat selepas THHE memfailkan saman pemula ex-parte pada Julai untuk memanggil mesyuarat pemiutang untuk mencadangkan skim pengaturan bagi syarikat itu.

 

Global Mariner, Blackstone Technology Sdn. Bhd. dan Dynac Sdn. Bhd. dilaporkan telah memfailkan permohonan untuk campur tangan dalam permohonan ex-parte kumpulan itu.

 

THHE dijadualkan untuk menghantar kapal peronda luar pesisir (OPV) pertamanya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada Julai tahun ini selepas beberapa kelewatan, tetapi tiada pengumuman mengenainya dibuat dan penghantaran itu dilaporkan telah dianjakkan ke Oktober ini.

 

Terdaulu, kumpulan itu memperoleh kontrak untuk menghantar tiga OPV kepada APMM pada harga RM738.9 juta pada Januari 2017. 

 

Kapal pertama seharusnya dihantar kepada APMM pada Februari 2020, yang kedua pada Mei dan yang terakhir pada Ogos tahun sama. - DagangNews.com