Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 7 Jan - Ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana mereka tidak perlu membayar atau menggantikan buku teks yang rosak akibat bencana banjir yang menimpa negara sejak beberapa minggu lalu.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima banyak pertanyaan berhubung masalah buku teks sekolah yang rosak akibat kejadian tersebut.
Beliau berkata, KPM memiliki stok yang cukup untuk menggantikan buku-buku yang rosak menjelang bermulanya sesi persekolahan pada minggu hadapan.
"Berdasarkan rekod KPM, sebanyak 26,3667 buku teks musnah akibat banjir melibatkan 14,422 murid.
"Kalau buku teks yang dipinjam itu rosak, murid-murid tidak perlu mebayar atau menggntikan naskah itu dan guru sekolah akan merekodkan jumlah buku yang rosak itu untuk digantikan," katanya menerusi satu rakaman video di Facebook, hari ini.
Beliau juga berharap, murid-murid yang terjejas akibat banjir agar terus bertabah dan bersemangat untuk kembali memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan. - DagangNews.com