KUALA LUMPUR 22 Jun - Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Malakoff Corp Bhd menyatakan usaha samanya Kapar Energy Ventures Sdn Bhd (KEV) telah menarik balik permohonan semakan kehakiman menerusi penyelesaian di luar mahkamah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Dalam makluman berasingan di Bursa Malaysia, TNB dan Malakoff berkata penyelesaian di luar mahkamah itu dijangka tidak memberi sebarang kesan ketara ke atas kedudukan kewangan mereka.
KEV ialah anak syarikat 60% milik penuh TNB Power Generation Sdn Bhd TNB, dan syarikat bersekutu 40% milik Malakoff.
Pada November 2021, KEV menerima notis taksiran daripada LHDN berjumlah hampir RM600 juta.
Pada masa itu, TNB berkata LHDN memutuskan bahawa stok pinjaman tidak bercagar boleh tebus (RULS) yang diberikan syarikat itu, harus dianggap sebagai transaksi ekuiti dan dengan itu, berbentuk modal.
RULS telah diberikan untuk membiayai pengambilalihan dan operasi Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz KEV di Kapar, Selangor. - DagangNews.com