TNB umum waktu operasi kedai tenaga sepanjang PKP | DagangNews Skip to main content

TNB umum waktu operasi kedai tenaga sepanjang PKP

TNB

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari 2021 serta perintah darurat hingga 1 Ogos 2021, operasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) diteruskan seperti biasa.

 

Susulan itu, TNB mengeluarkan maklumat lanjut berkaitan pengoperasian dalam tempoh berkenaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada 9.4 juta pelanggan.

 


Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan operasi TNB:

 

  • Bermula 13 hingga 26 Januari 2021, waktu operasi Kedai Tenaga (KT) adalah dari jam 9 pagi hingga 4 petang setiap hari, kecuali hujung minggu dan cuti am.
  • Waktu kios layan diri di KT pula adalah dari jam 8.15 pagi hingga 8 malam setiap hari di negeri-negeri di bawah PKP dan dari jam 8.15 pagi hingga 10 malam di negeri-negeri di bawah PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

 

 

  • Bagi KT yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi negeri-negeri di bawah PKP dan PKPB, waktu operasi adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari (kecuali cuti am).
  • Bagi KT di UTC di negeri-negeri di bawah PKPP, waktu operasi adalah dari jam 8 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja dan 8 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu.

 

 

  • Pembacaan meter akan berjalan seperti biasa dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, bagi memastikan pengguna menerima bil sebenar dan bukan bil anggaran.
  • Bagaimanapun, kelewatan pembacaan meter mungkin berlaku di kawasan banjir yang masih tidak dapat diakses.

 

 

  • Waktu operasi perkhidmatan TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari. 
  • Untuk makluman, talian TNB Careline 1-300-88-5454 dan emel tnbcareline@tnb.com.my adalah untuk pertanyaan berkaitan akaun dan bil. 
  • Untuk gangguan bekalan elektrik pula, para pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine.

 

.

 

Bagi sebarang urusan transaksi termasuk semakan dan pembayaran bil, pengguna dinasihatkan menggunakan kemudahan transaksi dalam talian, antaranya menerusi portal (www.mytnb.com.my) dan applikasi myTNB agar dapat mengurangkan keperluan untuk transaksi secara bersemuka. - DagangNews.com