Treasure Global tetapkan IPO di Nasdaq dengan harga AS$4 | DagangNews Skip to main content

Treasure Global tetapkan IPO di Nasdaq dengan harga AS$4

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Treasure Global Inc (TGI) telah menetapkan tawaran awam permulaan (IPO) yang dibesarkan sebanyak 2.3 juta saham biasanya pada AS$4 (RM17.86) sesaham.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, platform e-dagang yang berpangkalan di Malaysia itu berkata, ia akan menghasilkan kutipan kasar agregat kira-kira AS$9.2 juta (RM41.08 juta) sebelum menolak diskaun taja jamin, komisen dan perbelanjaan lain.

 

"TGI ialah platform e-dagang Malaysia yang inovatif yang menyediakan penyelesaian pembayaran yang lancar untuk pengguna dan peniaga dengan rebat segera dan program pulangan tunai.

 

"Dengan misi untuk menghimpunkan dunia e-dagang dalam talian dan peruncit fizikal luar talian, TGI sedang membangunkan portfolio platform digital terkemuka untuk digunakan di seluruh Asia Tenggara dan Jepun," katanya.

 

Pada Jun 2020, TGI melancarkan Aplikasi ZCITY, ekosistem digital yang mengubah dan memudahkan pengalaman e-pembayaran untuk pengguna, pada masa yang sama membolehkan mereka memperoleh ganjaran

 

Sehingga Julai 2022, ZCITY mempunyai lebih 2 juta pengguna berdaftar dan lebih 2,100 peniaga berdaftar.

 

zcity

 

Saham biasa syarikat itu mula didagangkan di Pasaran Modal Nasdaq pada 11 Ogos 2022.

 

Syarikat itu berhasrat untuk menggunakan hasil bersih daripada tawaran itu terutamanya untuk meningkatkan permodalan dan fleksibiliti kewangannya, sebagai tambahan kepada modal kerja dan tujuan korporat am. - DagangNews.com