TREVO sasar luaskan rangkaian perkhidmatan di seluruh Malaysia | DagangNews Skip to main content

TREVO sasar luaskan rangkaian perkhidmatan di seluruh Malaysia

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Dis - Sebagai peneraju pasaran perkongsian kereta rakan setara (P2P) terkemuka di Malaysia, TREVO terus memacu daya tarikan perkongsian ekonomi dalam kalangan pemilik dan pemandu kereta.

 

TREVO mencatatkan peningkatan enam kali ganda dalam bilangan perjalanan yang ditempah pada 2022, purata lebih 1,800 perjalanan setiap bulan berbanding 300 perjalanan setiap bulan semasa wabak apabila sekatan perjalanan masih berkuat kuasa.

 

Pemulihan industri pelancongan menyaksikan rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan TREVO untuk perjalanan mereka dan membuktikan mereka bersedia untuk berkongsi kenderaan.

 

Pada masa yang sama, pemilik kereta menjadi lebih yakin dalam menyenaraikan kereta mereka untuk disewa di TREVO dengan penyenaraian berkembang secara berterusan pada 2022 dengan lebih 6,000 kereta tersedia untuk tempahan menjelang akhir tahun.

 

Pengurs Besar TREVOMalaysia, Susan Teoh berkata, perkhidmatan baharu seperti Buddy Driver yang membolehkan pelanggan menempah pemandu atas permintaan juga menyaksikan pertumbuhan ketara dengan lebih 10,000 tempahan disiapkan sepanjang 2022.

 

"Kewujudan TREVO yang menawarkan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia, daripada menawarkan sumber kewangan tambahan apabila mereka menyenaraikan kereta mereka untuk tempahan kepada menawarkan mobiliti fleksibel untuk pemandu yang hanya mahukan akses kepada kereta pada masa terhad, tanpa caj tersembunyi. 

 

TREvor

 

“Kami juga memperkenalkan perlindungan insurans TREVO Shield bagi melindungi pemilik kereta dan pelanggan. 

 

"Bagi menyokong komuniti TREVO kami dengan lebih baik, kami juga memperkenalkan perkhidmatan seperti Buddy Driver dan ciri berorientasikan pendidikan seperti TREVO University, untuk terus meningkatkan pengalaman pengguna di Malaysia," katanya.

 

Selepas meluaskan kawasan liputannya ke Seremban pada Mac dan Langkawi pada Mei 2022, TREVO menyasarkan pengembangan berterusan untuk memberi perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang lebih luas di seluruh bandar Malaysia.

 

Bagi memacu lagi penggunaan, syarikat itu terus menawarkan promosi istimewa semasa musim perayaan dan majlis-majlis khas seperti pilihan raya umum, bagi memastikan keperluan mobiliti rakyat Malaysia dapat dipenuhi dengan lebih baik. - DagangNews.com