Untung bersih Rubberrex Corporation turun 23.1% kepada RM2 juta pada 2QFY22 | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Rubberrex Corporation turun 23.1% kepada RM2 juta pada 2QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Untung bersih Rubberrex Corporation Berhad menurun sebanyak 23.1% kepada RM2 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding RM2.6 juta pada suku pertama tahun ini.

 

Kumpulan itu juga merekodkan hasil sebanyak RM46.4 juta.

 

Secara kumulatif, kumpulan itu meraih untung bersih RM4.6 juta pada 1HFY22, penurunan ketara sebanyak RM151.2 juta atau 97% berbanding tahun lalu.

 

Sama seperti pengeluar sarung tangan getah lain, keputusan kewangan itu bukan satu kejutan kerana industri itu berdepan saingan sengit dan lebihan bekalan di dalam pasaran.

 

Pengarah Urusan Kumpulan, Khoo Chin Leng berkata, kadar vaksinasi global bertambah baik dari semasa ke semasa dan penggunaan sarung tangan adalah kurang menyebabkan lebihan bekalan dan penurunan harga jualan sarung tangan purata (ASP) tidak dapat dielakkan.

 

"Walaupun jualan yang lebih dilihat daripada bahagian sarung tangan pakai buang nitril kami, permintaan untuk produk lain, khususnya sarung tangan kegunaan am dan industri dilihat lebih stabil dan menguntungkan.

 

"Peningkatan ketara yang dilihat dalam piawaian kesihatan dan keselamatan di seluruh dunia, kami percaya permintaan untuk sarung tangan akan stabil pada masa akan datang," katanya. - DagangNews.com