Untung selepas cukai Bintai Kinden susut 22.56% kepada RM968,000 bagi 1QFY23 | DagangNews Skip to main content

Untung selepas cukai Bintai Kinden susut 22.56% kepada RM968,000 bagi 1QFY23

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai
oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Untung selepas cukai pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E), Bintai Kinden Corporation Berhad bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2022 (1QFY223) menyusut sebanyak 22.56% kepada RM968,000 berbanding RM1.25 juta yang dicatatkan pada 1QFY22.

 

Penyusutan itu berlaku kesan daripada penurunan margin untung kasar daripada 30% kepada 16.45% selepas mengambil kira pelbagai pesanan daripada projek M&E yang telah siap.

 

Kumpulan itu bagaimanapun berjaya mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 152% kepada RM30.88 juta pada 1QFY23 berbanding RM12.26 juta pada suku sama pada tahun sebelumnya, didorong sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan kejuruteraan M&E. 

 

Perniagaan kejuruteraan M&E Syarikat menyumbang RM26.43 juta bagi 1QFY23 iaitu peningkatan sebanyak 203.72% berbanding RM8.7 juta pada 1QFY22 dengan perniagaan konsesi membawa masuk RM3.6 juta, peningkatan kecil berbanding RM3.55 juta. 

 

Bintai Kinden mengendalikan keseluruhan penginapan dalam kampus untuk Universiti Melaka sebagai sebahagian daripada konsesi 25 tahun daripada Kolej Teknologi Islam Melaka Berhad (KTIMB). 

 

Sehingga 31 Mac 2022, KTIMB berhutang kepada Bintai Kinden sejumlah RM30.18 juta daripada konsesi itu.

 

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azera berkata, pihaknya akan terus memanfaatkan pengkhususan kejuruteraan M&E sebagai teras untuk mencari peluang di Malaysia dan di seluruh rantau ini. 

 

Beliau berkata, lonjakan dalam aktiviti ekonomi berikutan penutupan berselang-seli selama dua tahun sebelumnya akibat COVID-19 pasti akan memberi kesan limpahan yang positif.

 

“Melalui anak syarikat tidak langsung kami, Johnson Medical International Sdn. Bhd., kami mempunyai niche sebagai penyedia penyelesaian siap pakai bagi infrastruktur penjagaan kesihatan kejuruteraan mudah alih, modular dan luar tapak yang kami ingin kembangkan dan di mana perkhidmatan kejuruteraan M&E kami juga boleh mendapat manfaat. 

 

"Melalui anak syarikat milik 51% kami, Bintai Energy Sdn Bhd (“Bintai Energy”), kami telah sibuk meneroka peluang untuk mengedarkan bebibir dan produk paip lain yang berkaitan, serta yang terbaru ialah perjanjian kerjasama perniagaan dengan PT Raintech Indo Energi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Bintai Energy baru-baru ini telah diberikan diberi lesen oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di bawah Kod Kategori Kerja dan Peralatan Standard, untuk syarikat membida projek minyak dan gas (O&G) yang berada di bawah Petronas. 

 

Tempahan ,Bintai Kinden meliputi M&E serta projek O&G berjumlah RM120.43 juta. - DagangNews.com