UPM bantu mantapkan pegawai Risda dalam pelaksanaan projek agromakanan | DagangNews Skip to main content

UPM bantu mantapkan pegawai Risda dalam pelaksanaan projek agromakanan

Penceramah dari Fakulti Pertanian, UPM, Prof. Dr. Norsida Man bersama peserta Kursus Pengurusan dan Pelaksanaan Projek Agromakanan di Mentakab, Pahang. - Gambar UPM

KUALA LUMPUR 23 Mac - Seramai 36 orang pegawai Risda telah hadir ke kursus Pengurusan dan Pelaksanaan Projek Agromakanan di Mentakab, Pahang yang dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Latihan Risda dan Fakulti Pertanian, UPM baru-baru ini.

 

UCTC UPM bertanggungjawab untuk menghubungkan warga akademik UPM kepada pegawai agensi melalui aktiviti perkongsian ilmu dan kepakaran.

 

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pegawai agensi yang terlibat di lapangan untuk mengurus dan melaksanakan projek agromakanan dengan jayanya.

 

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda, Ali Sabuddin Abd Samad berkata, kursus ini adalah bagi memastikan pegawai Risda dapat melaksanakan projek yang memberikan impak dan kejayaan serta memberi keuntungan kepada
golongan sasar.

 

 

UPM
Kursus Pengurusan dan Pelaksanaan Projek Agromakanan kendalian Pusat UCTC Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Latihan RISDA dan Fakulti Pertanian, UPM di Mentakab baru-baru ini.

 


“Pada masa ini agromakanan adalah fokus penting Risda untuk membangunkan tanah terbiar bagi melaksanakan projek agromakanan yang berimpak.,” katanya semasa menyampaikan Ucaptama pada Majlis Perasmian Kursus Pengurusan dan Perlaksanaan Projek Agromakanan di sini.

 

Beliau juga berharap agar kursus ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan memberi manfaat kepada pegawai Risda dan melahirkan pegawai yang cekap dalam menjalankan tugas di lapangan.

 

Majlis perasmian ini turut dihadiri Bahagian Program Khas Risda, Nor Azwa Abd Salim dan penceramah dari Fakulti Pertanian, UPM, Prof. Dr. Norsida Man.


 

UPM
Antara latihan kumpulan yang dijalankan semasa Kursus Pengurusan dan Pelaksanaan Projek Agromakanan.

 

 

Sementara itu, kursus tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti kerjasama dalam memorandum persefahaman UPM dengan Risda untuk perkongsian ilmu dan kepakaran dari universiti kepada pegawai Risda serta sama-sama berganding bahu memastikan aktiviti pertanian negara mencapai objektif dan matlamatnya. - DagangNews.com