KUALA LUMPUR 12 Sept - Tokoh media terkemuka, Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu berkuat kuasa pada 1 September 2023.
Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Ogos 2025.
Chun Wai, 62, dilantik menggantikan Datuk Ras Adiba Radzi yang tamat kontrak pada 23 Januari lalu.
Beliau telah berada dalam industri media selama lebih 38 tahun dan berkhidmat di pelbagai peringkat.
Beliau pernah menjadi ketua editor kumpulan, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif di The Star Media Group.
Beliau kekal sebagai penasihat di The Star. - DagangNews.com