Untung bersih SSF Home susut lebih separuh kepada RM1.3 juta pada 1QFY25 kesan permintaan lebih lemah
KUALA LUMPUR 20 Sept - Untung bersih SSF Home Group Bhd pada suku pertama berakhir 31 Julai 2024 (1QFY25) menyusut lebih separuh kepada RM1.3 juta berbanding RM2.7 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu disebabkan permintaan yang lebih lemah.