FWD Takaful lancarkan FWD Medical Care+ yang hadir dengan 2 pelan perubatan | DagangNews Skip to main content

FWD Takaful lancarkan FWD Medical Care+ yang hadir dengan 2 pelan perubatan

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Dis - FWD Takaful mengumumkan pelancaran FWD Medical Care+, pelan takaful perubatan dan kesihatan dalam talian yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya dimasukkan ke hospital atau pembedahan akibat penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

 

Produk itu dilengkapi dengan dua pelan, Medical Plus dan Medical Pro, membolehkan pelanggan memilih pelan yang melindungi mereka dengan sebaiknya.

 

Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi berkata, kemajuan perubatan yang semakin meningkat dan rawatan yang lebih baik menyebabkan bantuan perubatan menjadi mahal.

 

"FWD Medical Care+ direka untuk menekankan kemudahan dan fleksibiliti di samping kemampuan dan kebolehcapaian kepada perlindungan perubatan yang komprehensif.

 

"Menerusi pelan ini, kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia menerima bantuan perubatan pada masa yang paling diperlukan dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pemulihan sambil mengetahui bahawa pelan ini akan membantu memikul beban perbelanjaan yang mahal itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

FWD Medical Care+ menawarkan pelanggan fleksibiliti untuk memilih antara perlindungan penuh atau pilihan boleh ditolak mengikut kapasiti kewangan mereka dan pelanggan boleh menjimatkan sehingga 45% ke atas sumbangan mereka.

 

fwd

 

Pelan itu menyediakan pelanggan dengan pelbagai faedah termasuk manfaat komprehensif pesakit dalam dan luar melindungi kanser, serangan jantung dan  pembedahan, strok, kegagalan buah pinggang, denggi, dan rawatan fisioterapi. 

 

Bagi terus menyokong pelanggan kembali pulih, pelan ini juga menyediakan perlindungan kesihatan mental, penjagaan di rumah, rawatan psikiatri, dan banyak lagi.

 

"Sokongan selain perubatan kerana pelan ini membayar amaun tambahan sebanyak RM25,000 sekali gus jika orang dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan dan RM5,000 sebagai manfaat ihsan apabila orang dilindungi meninggal dunia.

 

"Pengembalian had membolehkan had tahunan pelanggan dikembalikan selepas digunapakai sepenuhnya dalam tahun sijil yang sama - dibenarkan sekali dalam seumur hidup/tempoh sijil sahaja," katanya. - DagangNews.com