TA Research unjur kos pengeluaran minyak sawit mentah Kim Loong meningkat | DagangNews Skip to main content

TA Research unjur kos pengeluaran minyak sawit mentah Kim Loong meningkat

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Jan - TA Research mengunjurkan kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Kim Loong Resources Berhad meningkat didorong peningkatan harga baja, kadar inflasi yang tinggi selain semakan semula gaji minimum.

 

Firma itu berkata, tuaian buah tandan segar (BTS) juga akan meningkat sebanyak 7% dan jumlah buah yang diperoses nakal melepasi 1.5 juta tan. 

 

"Pengurusan kumpulan itu berpendapat, mereka akan menampilkan prestasi cemerlang untuk FY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, pendapatan kumpulan itu bagi 3QFY23 berada dalam unjuran firma itu dengan untung teras mereka menyusut 8.7% kepada RM35.9 juta.

 

Katanya, keputusan yang lemah disebabkan sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada operasi pengilangan minyak sawit hasil daripada purata harga jualan MSM yang lebih rendah.

 

Secara kumulatif, keuntungan bersih teras 9MFY23 meningkat 21.8% kepada RM125.2juta berikutan peningkatan hasil sebanyak 22.4% kesan daripada harga minyak sawit yang lebih tinggi pada 1HFY23.

 

Firma itu berkata, bahagian menyaksikan keuntungan operasi 9MFY23 meningkat sebanyak 37.7% kepada RM116.2 juta, disebabkan purata harga jualan BTS yang lebih tinggi pada RM988/tan (+23.7%) dan pengeluaran BTS (+3.2%).

 

Katanya, pengilangan minyak sawit mencatatkan peningkatan keuntungan operasi sebanyak 8.5% kepada RM81.6 juta, terutamanya didorong oleh purata harga jualan MSM yang lebih tinggi sebanyak RM5,267 (+23.1% YoY).

 

"Sementara itu, pengeluaran MSM meningkat 3.3% kepada 240,800 tan," katanya

 

Firma itu mengekalka saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM1.58 sesaham. - DagangNews.com