Kaum hawa semakin tidak beradab? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 23 Oct 2020 04:00 AM

KAUM HAWA SEMAKIN TIDAK BERADAB?

 

TINGKAH kaum hawa selalu diandaikan sesuatu yang lembut, harum, manis dan manja. Tingkah yang wujud sebagai kaum hawa begitu ketara daripada kaum Adam. Kaum Hawa melambangkan kesantunan dan olahan tingkah yang lembut serta jernih. 

 

Latar belakang kaum hawa itu sudah dinyatakan sejak azali bahawa hati seorang Hawa itu lembut, santun dan jujur namun hati seorang hawa itu tidak mustahil seorang yang tabah dan cemerlang atau mungkin luka dan merana.

 

Penceritaan ini dapat sudah diperkatakan apabila hati kaum hawa itu:

 

A) lembut + santun + jujur + cemerlang = penghasilan yang menyatakan kaum hawa itu seorang yang tabah:

aaa

Bagaimana kalau kaum hawa itu seorang yang :                 

B)  lembut + santun + jujur + gagal + luka + merana = mungkinkah penghasilan gagal dalam perjalanan hidup akan dijadikan ukuran pada hal ini juga menceritakan kaum hawa yang cemerlang dan tabah.

aaa

Perbezaan gambarajah A dan B menyatakan jawapan hawa itu seorang yang tabah, masa bilakah yang jelas menyatakan atau apakah situasi yang menyatakan bahawa kaum hawa itu gagal dan rapuh…….???

 

HAWA

Hawa dinyatakan akan kesinambungan menangis, tapi tahukah menangis itu bukan menyatakan akan kesedihan saja ianya juga menceritakan akan ketakutan, sayang, malu, berani dan gembira.

 

Indikator atau penyataan yang selalu menyebabkan keadaan hawa itu menangis,

  1. Patah hati – patah hati kecewa dengan keadaan semasa atau peribadi kehidupan, kehidupan atau kerjaya.
  2. Kehilangan – menangis akan menceritakan akan nilai kehilangan sesuatu di dalam kehidupan.
  3. Bohong – semua orang akan menjadi pembohong mustahil individu yang normal itu tidak pernah membohong.
  4. Kecewa -kerana rasa diri tidak dihargai atau dilupakan.
aaa

Situasi ini selalunya berjalanan di sepanjang perjalanan kehidupan. Tidak ada bukti yang nyata yang membuktikan bahawa hawa itu kuat dalam menghadapi kehidupan kecewa tetapi terlalu banyak bukti yang dapat dilahirkan bahawa kaum ini cemerlang dalam kehidupan semasa dalam menyatakan pencapaian kecemerlangan di dalam kehidupan dan keadaan semasa. 

 

Contoh hawa berjaya yang diketahui atau dikenali :

 

aaa
1. Tan Sri Hajah Zainun atau Ibu Zain (1903-1989) : Beliau menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan. Beliau sentiasa ada perasaan patah hati, patah hati bila melihat akan kemunduran kaum hawa dan mahu kaum hawa itu mempunyai pelajaran.

 

zeti
2. Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (2000-2016) : keperibadian yang amat menyakinkan, seorang yang dikategorikan pakar ekonomi yang terbaik. Tan Sri dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang ketujuh dan dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (1 Mei 2000-28 April 2016)

 

aaa
3. Noor Neelofa Mohd Noor – seorang usahawan wanita yang cemerlang. Beliau adalah seorang hawa yang punya kelebihan ari segi mengaplikasikan bidang keusahawanan wanita. Apa yang menarik Cik Hawa ini telah menjadi satu bukti boleh dijadikan ikon kepada kaum hawa yang lain.

 

aaa
4. Datuk Nicol Ann David – Ratu skuasy negara, Ratu skuasy negara ini telah banyak menabur bakti kepada masyarakat Malaysia, dalam bidang sukan skuasy.

 

Penceritaan kecemerlangan tokoh-tokoh wanita yang hebat ini, jelas untuk membicarakan bahawa tidak akan ada tanda nokhta kerana perjalanan cemerlang itu sudah ada luas di contohi, inilah dikatakan cerita akan kehebatan kaum hawa yang cemerlang.

 

BUKTI

Huraian yang kekal dan terbukti ini telah penuh menceritakan akan kesungguhan kaum hawa dalam melaksanakan akan kehebatan bakat masing-masing pengurusan bakat diri sendiri itu amat perlu demi kecemerlangan dan kejujuran terhadap kehebatan bakat sendiri.

 

Merujuk kepada statistik yang dirujuk daripada Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysa sebanyak 68 kes dilaporkan pada 12 Februari 2020 sehingga 17 Mac 2020, berdasarkan penyataan daripada Portal Rasmi PDRM tersebut terdapat perbezaan yang banyak dibandingkan sebelum Februari hingga Mac 2020, sebanyak 34 kes ini bermakna ada peningkatan sebanyak 50% kes keganasan rumahtangga sepanjang waktu Februari hingga Mac 2020.

 

Dengan statistik ini amat jelas boleh mengatakan bahawa kemampuan hawa sebagai individu yang perlu dijaga dan diperdulikan itu sudah tidak dihargai.

 

FAHAMI NILAI DIRI

Hawa perlu faham akan nilai imej diri sendiri dan percaya akan indikator nilai imej diri sendiri. Apakah nilai imej diri sendiri yang perlu kaum Hawa fahami dan sayangi:

1. ‘Adakah saya kenal siapa saya’ -  Nilai dan keyakinan dalam diri sendiri.

 

2. Gembira - Dalam diri sendiri perlu ada kegembiraan.

 

3. Bersukan - Kemampuan berolaraga merupakan situasi yang bakal menyumbangkan akan keceriaan dalam menilaikan kewujudan imej diri sendiri.

 

4. Bakat - Mengenali akan bakat yang ada dalam diri sendiri.

 

5. Keupayaan Diri Sendiri - Mengenali akan keupayaan yang ada di dalam diri sendiri.

 

6. Moral dan etika - Hawa selalu dikaitkan akan moral dan etika, apabila kekurangan atau ketandusan moral atau etika seorang hawa itu akan diceritakan seperti tidak beradat.

 

7. Penampilan Diri - Penampilan fizikal, hawa tidak akan lari dari kecantikkan, kecantikan penampilan fizikal itu adalah satu kemestian azali seorang hawa yang telah dianugerahkan.

 

 

Tidak beradat, tidak beradab

Adat didefinasikan sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun menurun, sebagai contoh bila bercakap dengan orang tua nada suara itu perlahan, bila mata melihat orang tua mata itu dirundungkan ke tanah tanda hormat.

 

Adab pula dinyatakan sebagai budi pekerti yang halus, sopan, budi bahasa, budi pekerti kesopanan dan penyataan adab itu akan dilihat dengan amalan luahan perkataan atau perbuatan ataupun luahan perkataan dan perbuatan.

 

Bagaimana dengan beradat dan beradabnya golongan hawa di zaman kini? Beradab dikaitkan dengan budi pekerti yang halus, sopan, budi bahasa, budi pekerti kesopanan. Adakah maksud beradab ini masih ada dalam kalangan hawa? Adakah hawa sudah ketandusan adab apabila dilihat dengan cara berbicara dalam kalangan mereka perkataan yang sopan, berbudi bahasa, berkata halus sudah terlalu jarang, cara bercerita dengan nada yang tinggi seolah-olah menjadi seorang yang itu merasa hebat selalu menjadi panduan.

 

Contoh-contoh ringkas ini ada bersama di dalam kehidupan kini, sebagai hawa beradat dan beradab itu sudah tidak menjadi perkara yang penting. Sebaliknya, mereka lebih suka meniru perilaku yang terkini yang mempunyai ucapan-ucapan yang kasar dan kotor, cara ketawa yang menjerit-jerit, mengilai seolah-olah kalau mengilai dan menjerit kuat itu bakal menjadikan diri hawa itu berbeza kelebihannya.

 

Kini kaum hawa juga selalu kelihatan apabila makan di tempat awam mengamalkan cara duduk yang tidak sopan bila kaki dinaikkan di atas kerusi, duduk sambil makan dengan menyatakan inilah cara duduk yang ‘cool’ dan kononnya sebagai hawa yang manja.

 

Jelas dinyatakan bahawa apabila beradat dan beradab tidak dipraktiskan dalam kehidupan harian ini bakal menjadikan kehidupan hawa itu menjadi tidak berwarna atau bercorak.

 

Hawa perlu kenal akan diri sendiri, mencari contoh hawa yang berjaya, faham akan keadaan dan bukti yang jelas akan kesungguhan yang perlu dipraktiskan. Adakah keadaan semasa itu mempengaruhi tingkah laku kaum hawa di zaman ini,  seperti dinyatakan keadaan semasa tidak akan mempengaruhi tingkah laku kaum hawa.

 

Tetapi pemahaman beradat, beradap dan mengamalkannya di zaman ini amat perlu difahami dan diamalkan kerana faham dan amal itu bakal memberi kebekesanan nilai beradatnya tingkah laku hawa dan kecemerlangan pencapaian matlamat kehidupan, kejayaan dan keperibadian sebagai seorang hawa yang hebat.

 

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia , Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.

 

 

KOLEKSI DEWI

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation