Pusat beli-belah sendu, ramai suka beli barangan secara dalam talian
KEBANYAKAN peniaga melihat musim cuti Aidilfitri tahun ini akan menjadi pemangkin momentum jualan luar talian di pusat beli-belah.
Sama ada pusat beli-belah elit moden hinggalah yang konvensional seperti di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Jalan TAR.
Banyak yang berpendapat walaupun perekonomian jualan dalam talian telah berkembang pesat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, namun mereka masih tidak dapat mengatasi pengalaman yang ditawarkan oleh pusat beli-belah.
Adakah tanggapan ini benar?
Suasana membeli belah hari raya yang suatu masa dahulu yang menjadi milik perniagaan luar talian seperti pusat beli-belah atau perniagaan di sepanjang Jalan Masjid India dan Jalan TAR semakin suram.
Masyarakat Malaysia yang dahulunya terbiasa keluar berjalan-jalan atau mencuba pakaian sebelum membelinya kini telah berubah kepada kaedah membeli dalam talian.
Walaupun kurang selesa, pengalaman ini mula mengambil alih tradisi hari raya. Kita harus mengakui bahawa bukan semudah itu mengubah tabiat masyarakat budaya membeli rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada masa ini proses keseimbangan berterusan antara jualan dalam talian dan luar talian masih belum dapat membantu mengekalkan corak pembelian luar talian.
Sesetengah produk praktikal boleh dibeli terus dalam talian, tetapi masih terdapat sesetengah barangan yang lain lebih menarik untuk dibeli secara langsung.
Ini ditambah pula dengan strategi pusat beli-belah yang aktif mempromosikan konsep riadah (pleasure) dengan mengutamakan kedai makanan, pawagam atau hiburan secara langsung.
Strategi ini ini yang dahulunya cukup berjaya menarik minat orang ramai untuk terus datang ke pusat beli-belah kini tidak lagi menjamin sesebuah pasar raya besar itu dikunjungi.
Ya, walaupun menikmati akan makanan yang ditempah secara dalam talian tentunya masih berbeza dengan makan terus di tempat tersebut.
Tetapi ini adalah dorongan awal dan sementara sahaja untuk menarik pembeli keluar membeli mengikut kaedah tradisional.
Strategi perniagaan dalam talian kini berkembang dengan tidak kurang hebatnya, dengan pelbagai promosi diskaun pastinya turut menarik minat pengguna.
Penjual dalam talian boleh melakukan ini dengan lebih mudah kerana kos overhed lebih murah daripada kedai luar talian. Perkara ini merupakan modal awal perniagaan online untuk mengubah tabiat membeli-belah orang ramai di kedai online.
Lambakan kedai baju, tiada pilihan kepelbagaian barangan keperluan lain antara punca pusat beli belah yang ada sekarang kurang mendapat perhatian dari pengunjung.
Rata-rata pengunjung memberitahu, premis pusat membeli belah tradisional yang dikenali sebagai pusat pakaian sahaja sedangkan orang ramai mempunyai banyak pilihan kemudahan di sekitar untuk membeli baju.
Premis pusat membeli belah hari ini tidak cukup hanya dilengkapi lebih banyak pilihan seperti kedai elektrik, kedai jam, beberapa pilihan kedai kasut, medan selera, kedai komputer, beberapa pilihan kedai buku yang boleh menambah minat pengunjung tetapi juga perlu ditambah lagi dengan acara acara menarik untuk dimanfaatkan pengunjung.
Mall-mall ini semakin kurang pengunjung sejak terlalu banyak gedung beli-belah dibuka dan pembeli lebih tertumpu pada mall yang lebih banyak pilihan, tempat lepak dan ada tempat makan yang mempunyai berbagai pilihan.
Sesetengah mall hanya jadi tumpuan apabila menjelang musim perayaan sahaja kerana ia memiliki lambakan pelbagai jenama pakaian tetapi secara logiknya mana ada orang mahu beli baju berjenama hari-hari.
Jika ada beberapa pilihan lain yang lebih pelbagai seperti lebih banyak kedai telekomunikasi, kedai makan atau kedai gaya hidup seperti kedai kopi, kedai keperluan harian untuk bahan basah dan kering serta lain-lain akan menarik pelbagai peringkat masyarakat datang ke sesebuah mall itu walaupun di luar musim perayaan.
Fenomena pusat membeli-belah sepi daripada pengunjung adalah merupakan antara cabaran kepada pengusaha pusat beli-belah.
Transformasi pusat membeli-belah pada masa ini sangat diperlukan. Kerana Generasi Z, yang lahir dari 1997 hingga 2012, tidak lagi memilih untuk pergi ke pusat membeli-belah tetapi ke media sosial dan kekal berhubung daripada membeli-belah.
Semua usahawan pusat membeli-belah kini agak sukar mendapatkan semula modal pusingan perniagaan mereka, daripada pusat beli-belah kepada pusat membeli-belah yang menawarkan suasana berpengalaman.
Kini pemilik pusat membeli belah perlu sedar bahawa dengan kemajuan teknologi, kemajuan pendigitalan dalam generasi Z mengubah lanskap dan suasana membeli belah lebaran.
Tingkah laku pelanggan , tingkah laku pengguna telah berubah, generasi sekarang telah berubah.
Kita telah memasuki generasi Z di mana kita tahu bahawa perubahan ini adalah apa yang membezakan dari suasan pusat membeli-belah pada masa lalu dengan perkara yang mesti dilakukan untuk memastikan pusat membeli-belah sentiasa dikunjungi.- DagangNews.com
Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI