Standard Chartered lancar SmartStocks mudahkan urusan dagangan di 12 bursa global | DagangNews Skip to main content

Standard Chartered lancar SmartStocks mudahkan urusan dagangan di 12 bursa global

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Sept - Standard Chartered Malaysia hari ini melancarkan SmartStocks iaitu platform dagangan saham dalam talian sehenti yang menyediakan kemudahan dagangan di 12 bursa merentasi tujuh pasaran global dari Malaysia melalui satu akaun.

 

Menerusi SmartStocks, pelanggan boleh mendapatkan akses kepada Bursa Malaysia, Bursa Singapura (SGX), Bursa Saham Hong Kong (HKEX), Bursa Saham New York (NYSE, NYSE AMEX, NYSE ARCA), NASDAQ, US OTC , Pasaran Global BATS, Bursa Saham Australia (ASX), Bursa Saham Tokyo (TSE) dan Bursa Swiss SIX pada kadar broker tunggal serendah 0% untuk pelanggan Persendirian Keutamaan Bank.

 

SmartStocks membolehkan pelanggan membina dan menyatukan pegangan mereka di satu tempat dan boleh diakses terus melalui aplikasi Mudah Alih SC Bank.

 

Pembukaan akaun untuk SmartStocks dipermudahkan dan digital sepenuhnya, dengan keseluruhan proses mengambil masa beberapa minit untuk diselesaikan.

 

SmartStocks dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik termasuk Refinitiv Report+  yang menawarkan analisis istimewa kepada pelanggan terhadap prestasi industri dan skor agregat daripada broker global terkemuka.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pengguna, Swasta dan Perniagaan, Standard Chartered Malaysia, Sammeer Sharma berkata, pelabur runcit Malaysia masih menghadapi cabaran untuk memperoleh  akses kepada pasaran global, dengan yuran transaksi yang tinggi masih menjadi kebimbangan besar.

 

"Menerusi SmartStocks, kami menjadikannya lebih mudah dan mampu dimiliki oleh pelanggan kami untuk mempelbagaikan saham ke dalam pelbagai pasaran.

 

"Pelancaran SmartStocks akan mengukuhkan cadangan pengurusan kekayaan bank, selaras dengan tumpuan kami bagi segmen mewah dan seterusnya mendigitalkan perkhidmatan perbankan untuk pelanggan perbankan peribadi kami,” katanya.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung SmartStocks, orang ramai boleh melayari laman web www.sc.com/my/investments/smartstocks. - DagangNews.com