KLCI dan saham Asia dibuka tinggi | DagangNews Skip to main content

KLCI dan saham Asia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Indeks Bursa Malaysia, FBM KLCI mencatatkan keuntungan tinggi ketika dibuka dengan peningkatan 0.58%, didorong lonjakan saham sektor sarung tangan.

Setakat 9.05am, KLCI mencatatkan paras 1,513.68.

Dalam pada itu, pasaran Asia dibuka tinggi memandangkan pelabur berharap vaksin COVID-19 bakal ditemui selepas syarikat farmaseutikal, AstraZeneca meneruskan percubaan fasa ketiga.

Dalam masa sama,terdapat sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat bank pusat di United Kingdom, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Reuters, AstraZeneca akan meneruskan semula percubaan klinikal vaksin COVID-19 selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkepentingan penjagaan kesihatan. 

“Pembukaan semula ekonomi global mendorong kami untuk menggalakkan pelaburan yang memerlukan 14 saham yang ketinggalan berbanding 14 saham yang meraih keuntungan tinggi ketika pandemik COVID-19.

“Walaupun kami mengekalkan prospek kitaran dan sekular melonjak (bullish) dalam pasaran luas, namun tidak mustahil untuk ‘correction’ (penurunan saham lebih daripada 10%) jangka pendek susulan alasan teknikal dan politik bakal berlaku,” jelas BCA Research seperti dipetik Reuters. 

Saham Asia-Pasifik yang meluas di luar Jepun, Indeks MSCI meningkat 0.5%, dijangka meningkat pada sesi kedua berturut-turut.

Saham Australia, .AXJO melonjak 0.2%, manakala Nikkei Jepun meningkat 0.3%.

Niaga hadapan saham AS, S&P500 e-minis ESc1 pula meningkat 0.8% selepas pasaran Wall Street menunjukkan pretasi tidak menentu pada minggu lalu. - DagangNews.com