KUALA LUMPUR 3 Okt - Lazada memperkenalkan LazBeauty Club yang terbaharu, dengan ribuan tawaran eksklusif dan ganjaran keahlian istimewa daripada jenama kegemaran ramai.
Jenama-jenama itu meliputi seperti Laneige, Innisfree, Maybelline, L’Oréal Paris, Eucerin, Garnier, serta jenama mesra muslimah seperti Fazbulous by Fazura, Safi, Wardah, dan banyak lagi.
Apabila mendaftar sebagai ahli LazBeauty Club yang baharu, para pelanggan layak mendapat baucar diskaun khas selamat datang bernilai RM6 daripada Lazada, di samping baucar eksklusif bulanan daripada Lazada serta jenama yang mengambil bahagian, dengan perbelanjaan minimum serendah hanya RM1.
Malah, terdapat juga tawaran eksklusif bagi ahli, pemakluman terkini mengenai produk yang sedang trending, dan juga produk yang disyorkan oleh 'LazBeauty Insiders' yang terdiri daripada selebriti dan 'influencers' tempatan.
Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Chenxi Zhou berkata, bagi mereka yang meminati dan mengutamakan kecantikan serta fesyen atau berdandan cantik pastinya dapat menaikkan seri dan menambah keyakinan.
"Menerusi ciri AI dan AR-powered Virtual Try-On di aplikasi Lazada, ia membolehkan para pelanggan mencuba produk sampel seperti bedak asas atau gincu. Kami amat teruja kerana ianya dapat menambah keceriaan pengalaman apabila memilih dan membeli produk kecantikan.
"Menerusi LazBeauty Club, para pelanggan boleh mendapatkan akses eksklusif untuk memilih produk yang diidamkan pada harga berpatutan di Lazada, lantas menyenangkan mereka untuk mencapai stail peribadi yang unik dan tersendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di samping itu, para pelanggan boleh mengikuti 10.10 Glam Squad di aplikasi Lazada bermula 5 Oktober, yang mana peminat jenama terkemuka seperti Laneige, Biotherm, Innisfree, dan banyak lagi boleh menikmati promosi istimewa ‘hanya-di-Lazada'.
Promosi itu menawarkan potongan diskaun sebanyak 70% dan ganjaran istimewa seperti 'Gift With Purchase (GWP)' eksklusif dan baucar sebanyak 10% untuk pengikut baharu.
Sebagai pendahuluan jualan terbesar tahunan iaitu pesta beli belah 11.11 serta Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada merupakan permulaan untuk mencetuskan keterujaan membeli belah dengan tawaran diskaun tanpa tandingan, promosi istimewa bagi ahli, dan penjimatan berganda.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada dan LazBeauty Club, sila muat turun aplikasi mudah alih Lazada dan juga ikuti Lazada Malaysia di laman media sosial untuk maklumat terkini. - DagangNews.com