Lebih 300 Usahawan Jutawan 'berkampung' secara maya bagi persediaan 2022 | DagangNews Skip to main content

Lebih 300 Usahawan Jutawan 'berkampung' secara maya bagi persediaan 2022

Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama sebahagian 300 lebih usahawan jutawan RichWorks dalam Inner Circle Meeting (ICM) ke-18 secara maya yang bermula hari ini hingga Khamis nanti.

 

 

SHAH ALAM 13 Sept - Seramai 300 lebih usahawan jutawan sedang 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual hari ini bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

 

Menurut beliau, program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium.

 

Katanya, usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.

 

"Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan peneraju pasaran yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.

 

"Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

 

dr azizan osman
Datuk Wira Dr. Azizan Osman

 

 

ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta ke hadapan berbanding pesaing lain.

 

Tambah beliau, usahawan jutawan itu bukan saja dibimbing, malah mereka juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.

 

"Saya berkongsikan ilmu, strategi dan dapatan berdasarkan ilmu dan kajian terbaru serta pengalaman bagi meningkatkan sesebuah perniagaan bagi 2022.

 

"Mereka bukan hanya diajar soal teori tetapi praktikal bagaimana usahawan jutawan ini boleh 'menang' dan terus menyaksikan peningkatan bagi bisnes pada peringkat ‘pertumbuhan’ dan ‘perkembangan’," jelasnya.

 

 

titan
Pasangan suami isteri yang merupakan Pengasas IDW Design, IDr Lokman Hakim Ahmad Subki bersama Pengasas Bersama, IDr Rabiatul Adawiyah Rasol ketika mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) ke-18 secara maya yang bermula hari ini hingga Khamis nanti.

 

 

Jelas Azizan ketika membuka program ICM itu, mengingatkan agar semua usahawan jutawan tidak berada dalam keadaan selesa berikutan jualan dan peningkatan yang dicapai pada tahun lalu dan ketika ini.

 

“Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.

 

“Jangan cepat selesa, dengan landskap perniagaan masa ini juga membuatkan persaingan lebih sengit dan anda kena bergerak dengan pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dalam kalangan 300 orang ini, seramai 100 usahawan jutawan akan RichWorks tampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara percuma pada 24 - 26 September ini.

 

 

titan

 

 

“Bagaimana 100 usahawan jutawan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik dan mereka bakal berkongsikan jatuh bangun, strategi dan tindakan mereka.

 

"Titan Summit ini bagi pengasas dan pemilik perniagaan yang mungkin sudah bertahun berniaga nak berkembang ke tahap lebih seterusnya, yang mahu mengetahui apa perkara betul dilakukan usahawan jutawan ini di samping peluang perniagaan ditawarkan," ujarnya.

 

Orang ramai boleh layari laman web richworks.com/titansummit/dagang-news untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com